|
.
Lama rasanya tidak mendengar khabar berita tentang ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 30. Maklum saja lah, sejak mendirikan rumah tangga dengan Jeffri Hudi, 52, kira-kira lima bulan lalu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Awallah Dondang ni seakan sepi dari sebarang publisiti.
Bertemu dengan figura yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ani ni, sewaktu di majlis pelancaran Serlahan Seni JKNN (Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara) Highlights's 2012, baru-baru ni, MD sempat bertanyakan khabar. Apatahlagi melihat susuk tubuhnya yang kini semakin berisi, lantas menimbulkan persoalan kalau-kalau dia sedang hamil.
“Allhamdulillah, kehidupan seperti biasa. Kami bahagia. Saya sekarang lebih banyak menumpukan perhatian pada aktiviti seni yang di bawa kendalian syarikat saya sendiri, Noraniza Idris Production (NIP). Disamping menguruskan hal rumah tangga”, katanya yang kelihatan berseri-berseri.
Kata Noraniza, suaminya yang juga merupakan bilal di sebuah masjid di Serdang kini dalam proses mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk menemaninya meneruskan karier serta kegiatan dalam bidang seni di sini.
“Belum! Tak ada apa-apa tanda lagi” sambil tergelak, spontan jawapan itu diberikan saat di tanya adakah dia mengandung.
Dalam pada itu, beliau tidak menafikan ramai juga yang bertanyakan tentang hal tersebut. Namun dia memberitahu, sejak selepas berkahwin berat badannya naik sebanyak 10 kg.
"Sebenarnya berat badan saya sudah naik dengan ketara sehingga 10 kilogram daripada sebelum kahwin. Kini sudah mencecah 65 kilogram.
"Saya pun tak pasti mengapa, tapi biasanya orang kata sebab kita sudah meniti kebahagiaan selepas kahwin. Terus-terang, tertekan juga bila memikirkan berat badan yang meningkat ini. Nak-nak bila ramai yang ingat saya hamil. Sekarang ni saya dalam usaha menurunkan berat “, ujarnya sambil tersenyum.
Idam Timang Anak Perempuan Pun begitu, sepertimana pasangan lain yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata dari zuriat mereka sendiri. Begitu jugalah bagi Kak Ani dan suaminya. Malah, dia yang juga merupakan bintag utama filem Sayang Ibu ni menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.
Namun segala-galanya diserahkan kepada Tuhan dan tidak terlalu mengharap memandangkan usianya kini sudah mencecah 44 tahun. Bagaimanapumn dia tidak menolak seandai dikurniakan rezeki tersebut.
"Lagipun, suami saya sendiri ada bagitahu dia teringin nak timang cahaya mata perempuan kerana kami masing-masing sudah dikurniakan anak lelaki, hasil dari perkahwinan terdahulu”, tambahnya lagi.
Hasil perkahwinan terdahulu, Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki, manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu juga mempunyai empat anak yang kesemuanya lelaki berusia antara 15 hingga 26 tahun.
- mD
|