Dengan segala tragedi serta kontroversi yang dihadapi oleh dua daripada anggotanya iaitu Daesung dan GD sekitar pertengahan tahun lalu, akhirnya tamat sudah tempoh’ hibernasi’ grup Hip Hop-R&B sensasi Korea Selatan ni, BIGBANG kembali menggegar dunia!
Semalam di release-kan video muzik ‘Blue’, single yang dipetik dari album mini ke-5 mereka berjudul ‘Alive’, yang akan release pada 29 Februari ini. Impresif, dalam tempoh 24 jam ledakkan video muzik tersebut telah berjaya mencuri perhatian lebih 1,5 juta penonton menerusi laman YouTube.
.
Malah dari masa ke semasa, dilaporkan jumlah viewers meningkat mencecah ke angka hampir 2 juta penonton. Sememangnya beginilah sambutan yang G-Dragon (GD), Taeyang, T.O.P, Daesung dan Seungri terima setiap kali bikin comeback. Kalau tidak, jangan panggil mereka BIGBANG.
.
Bukan itu saja, BIGBANG turut release-kan siri ‘Bahagian 2’, yang mana merupakan penerangan maksud di sebalik lagu ‘Blue’. Kata mereka, dinamik lagu tersebut disifat sebagai ‘gaya baru dalam muzik’. Anda mendengar sambil mengimbau sesuatu kenangan. Sebuah lagu yang baik untuk menyambut kedatangan musim bunga.