3,000 Peminat Khayal Dalam Epik Rock EVANESCENCE

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 24 February 2012 04:40

..

 

Setelah release-kan 3 album. Sukses meraih pelbagai anugerah besar juga platinum. Hampir lima tahun berehat. Berdepan krisis bersilih-ganti anggota kumpulan. Namun mereka masih tetap terus bermain muzik malah setiap kali beraksi di pentas mereka masih menerima sorak-jerit-pekik histeria para peminat. Kini mereka kembali bersama hasil artwork yang jauh lebih baik. Mereka, kekal terbaik selamanya dan siapa lagi yang dok diperkatakan ni, kalau bukan Evanescence.


Sepertimana yang dijanji, satu persembahan kasi pecah lagi cukup luarbiasa diberikan. Full house! Suasana KL Live Center yang terletak di Jalan Sultan Ismail, malam tadi, padat dengan kehadiran 3000 ribu peminat. Selama 1 jam 15 minit, band dari Little Rock Arkansas ni sukses mengheret fans terus ‘khayal’ dalam epik Rock ciptaan mereka. Layan!

 

..

 

Tidak memaksa fans menunggu lama (meskipun sebahagian mereka ada yang dah datang seawal jam 3), tepat 8.30 malam band Rock Amerika ni gegar pentas dengan What You Want, sebagai. Amy Lee, yang tampil stailo dengan gaun hitam diiringi teman-temannya, bijak mengambil kesempatan daripada lonjakkan adrenalin bertenaga fans. Lantaran menciptakan persembahan pembuka penuh pesona. Impresif, single ter-latest mereka itu secara automatik buat peminat lama juga baru menyanyi bersama-sama.

Bersambung pula dengan Going Under. Kemudian Weight of the World, tidak setakat main keyboard, Amy Lee show off  abiliti vokalnya yang mampu mencapai not tinggi. Serius, operatic! Disusuli The Other Side, My Last Breath dan Made Of Stone.

 

..

 

Kebiasaanya bilamana anda tengok ada piano atas pentas,  apa yang boleh di jangka kita akan diperdengarkan dengan lagu berentak perlahan. Lebih sentimental, oraang kata. Tapi tidak bagi Evanescence. Kerna menerusi Lost in Paradise, My Heart Is Broken dan Lithium, memang bermula dengan tune 'layan perasaan’ namun Evanescence pantas menyuntik mood head banging di samping membawa fansnya ke satu level baru.

Swimming Home, Sick, Call Me When  You’re Sober, Imiginary, dan Bring Me to Life, semakin bikin peminat tidak keruan. Mereka menyanyi bersama, mereka head banging bersama, ternyata penangan band yang pernah dinobat sebagai Best Hard Rock Performance anugerah Grammy'04 ni, sukar di gugat! Memang dahsyat!

 

..

 

Mungkin juga kerna satu lagi kelebihan yang Evanescence ada-line-up yang ada kini, adalah yang paling strong dan tight yang pernah kita lihat. Selaku di posisi drum, Will Hunt powerful. Sementara showmanship basis-nya Tim McCord serta dua gitaris, Terry Balsamo dan Troy McLawhorn mampu buat kita terpaku-terpacak menyaksikan mereka beraksi serta diimbangi dengan vokal mantap lagi memukau, Amy Lee.

 

..

 

Menghampiri penghujung persembahan, Evanescence tampil dendangkan Your Star dan semestinya lagu kegemaran para peminat, My Immortal. Akhir kata, apabila menyaksikan Evanescence secara live, ternyata kita betul-betul ‘nampak’ live show itu! Dan ia hanya dapat dirasai bagi mereka yang hadir di konsert anjuran JS Concert Productions ni. Menakjubkan. Bagi yang tak datang tengok, anda sangat-sangat lah rugi.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share