Farina (AF8) Nafi Bakal Kahwini Ahli Perniagaan Berstatus Suami Orang

Print E-mail
  
Tuesday, 28 February 2012 03:08

FarinaFarina

 

Sikit masa dulu, nama bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelapan ini pernah jadi bualan hangat dek kontroversi yang tercetus menerusi gambar-gambar seksinya. Terbaru, timbul pula gosip janda anak satu yang berasal dari Sarawak ini kononnya akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang, dalam masa terdekat.


Memetik kenyataan di mStar online, penyanyi berusia 29 tahun ini menolak dakwaan tersebut. Menurutnya, semua itu adalah fitnah semata kerana hubungannya dengan lelaki bernama Mohd Irwan Iryani Suhaimy (Irwan) itu berlandaskan persahabatan biasa. Malah katanya setakat ini belum terlintas di fikiran untuk membawa perhubungan tersebut kepada ikatan perkahwinan.

Tambah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Hujung Minggu ni, walaupun dia sudah mengenali anak lelaki kepada pengasas produk kosmetik Natasya itu sejak lebih setahun lalu, dia tidak pernah merancang untuk mengahwini lelaki itu dalam masa terdekat.

Enggan mengulas lanjut, kata Farina sebagai wanita dia menghormati dan memahami perasaan isteri Irwan apabila tersebar fitnah sebegini. Maka dia setegas-tegasnya menyatakan dakwaan itu tidak betul.

Dalam pada itu Farina menjelaskan kepulangannya ke Bintulu, Sarawak pada hujung minggu lalu bukanlah atas atas urusan majlis pertunangan dengan lelaki itu, seperti yang digembar-gemburkan. Sebaliknya kepulangannya ke kampung halaman kerana memenuhi undangan nyanyian di sana. Selain menyelesaikan beberapa urusan keluarga.

Hasil perkahwinan terdahulu, Farina dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dayang Hasya Yasmin yang kini berusia 9 tahun.

 

- mD

 

 

 

 

 

 



 

 
Share on Myspace
Share