‘Upin-Ipin’ & Kengkawan ‘Buat Kecoh’ di IB 23 Hari Tanpa Henti!

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Tuesday, 28 February 2012 03:40

..

 

 

Bermula sebagai karya membanggakan-animasi 3D pertama hasil bikinan anak tempatan. Sementelah filemnya (Geng: Pengembaraan Bermula) mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM6.3 juta. Kemudian menjadi siri kartun TV wajib tonton dikalangan kanak-kanak serata tanah air. Kini penangan fenomena Animasi Paling Berjaya (Malaysia Book of Records ’11) Upin & Ipin di transformasikan ke pentas Panggung Sari.


Menariknya, belum pun apa-apa, Upin & Ipin The Musical menotakan satu rekod jaya, merupakan teater muzikal animasi pertama sekaligus paling banyak bilangan persembahan yang akan dipentaskan di Istana Budaya iaitu sebanyak 23 persembahan tanpa henti!

Dengan jalan cerita baru, bagaimanapun muzikal ini masih lagi mengekalkan elemen serta trademark yang sedia dipaparkan seperti di dalam filem, siri TV dan DVD.

“Dalam teater ni diselitkan beberapa elemen yang menarik minat kanak-kanak. Misalnya ada lelabah gergasi, kapal, basikal dan digarap dengan jalan penceritaan baru”, ujar Pengarah Upin & Ipin The Musical, Zaifri Husin sewaktu ditemui di sidang media bertempat di Saloma Bistro, petang semalam.

 

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang turut hadir bagi melancarkan muzikal iniTun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang turut hadir bagi melancarkan muzikal ini

 

 

Optimis mahu membawa teater muzikal ni ke peringkat antarabangsa berikutan sambutan hebat siri dan filemnya di beberapa buah negara di Asia Tenggara. Justeru, sebuah pementasan khas turut diadakan pada 28 April depan pada pukul 3 petang dalam bahasa Inggeris

Diterbitkan oleh Les Copaque Production Sdn Bhd, teater arahan juga skrip oleh Zaifri Husin ni melibatkan 66 pelakon kanak-kanak dari berbilang kaum.  Sementara Datuk Suhaimi Mohd Zain @ Pak Ngah selaku pengarah muzik dan A. Aris Kadir, dipertanggungjawab sebagai koreografer.

 

Barisan pelakon Upin & Ipin The MuzikalBarisan pelakon Upin & Ipin The Muzikal

 

“Mengarahkan kanak-kanak adalah cabaran utama yang dihadapi. Faham-faham sajalah bukan mudah untuk mengawal mereka. Lebih-lebih lagi bila masing-masing sudah berjumpa kawan-kawan, haru biru dibuatnya",

"Namun saya kagum melihatkan bakat dan komitmen yang diberikan mereka. Apatahlagi separuh daripada mereka tiada pengalaman langsung dalam lakonan teater”, ujar Zaifri lagi.

Upin & Ipin The Musical kisah adik-beradik kembar seiras bersama kawan-kawan mereka dengan tak sengaja melalui satu pengalaman pengembaraan penuh mencabar. Semuanya gara-gara mereka berteduh di dalam sebuah gua. Seekor labah-labah telah mengejar lalu mereka tergelusur ke satu terowong yang membawa mereka ke jatuh ke sebuah kapal. Kemudian Upin & Ipin terpisah dari kawan-kawannya lalu bertemu dengan Puteri Cinonet. Maka bermulalah penggembaraan menakjubkan Upi & Ipin dan dapatkah kembar ni bertemu semula dengan kawan-kawam mereka?

Semuanya bakal terjawab dalam teater yang akan bermula pada 14 April hingga 6 Mei 2012. Apa tunggu lagi?! Dapatkan tiket- tiket dengan harga bermula RM33.00 hingga RM453.00 atau untuk keterangan lanjut boleh menghubungi 03-6186 6592/ 017-871 660/ 012-297 7220 atau boleh melayari www.upinipinmusical.blogspot.com.

 

Foto-foto oleh Mohd Danish Haikal

- mD

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 
Share on Myspace
Share