Kostum Sendat, Dina Tiada Niat Tampil Seksi

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Tuesday, 28 February 2012 05:20

..

 

Berkesempatan menyaksikan pementasan teater Cuci The Musical 3 Last Kopek sempena malam gala istimewa minggu lalu, ternyata teater terbitan Tall Order Productions masih kekal dengan momentum cukup menghiburkan. Pun begitu, penyanyi-pelakon-penyampai radio, Dina Nadzir antara yang paling mencuri perhatian dan rasanya bukan saja dikalangan pihak media malah penonton lain, pada malam itu. Sebab? Pakaian yang dikenakan oleh Dina terserlah ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang berisi.


Namun bagi penyampai radio Era.fm itu, dia sangat terkejut apabila diajukan mengenai isu pakaiannya. Pada Dina isu itu tidak timbul kerana sebetulnya baju yang dipakai adalah baju bersaiz besar.

“Saiz baju-baju itu sebenarnya besar dan lagipun ia pernah dipakai oleh kakak Adibah Noor sebelum ini. Mungkin orang tidak biasa melihat saya memakai pakaian seperti itu. Misalnya skirt berpotongan pensil, saya memang tak pernah pakai sebelum ini. Selain itu, saya juga jarang tuck-in kemeja”, kata Dina ketika ditemui sejurus usai pementasan.

“Walau apapun, saya terima pandangan penonton. Saya pun tidak mahu dikatakan sengaja mahu tampil seksi. Selepas ini saya akan ubah cara pemakaian supaya tidak nampak seksi atau terlalu ketat,” ujarnya yang memengang watak Farah dalam teater arahan Harith Iskandar itu.

 

..

 

Sementara itu, pujian juga harus diberikan pada Dina kerana sebagai pelakon baru dalam team Cuci, interpretasi lakonan gadis berusia 27 tahun ini memang, kelasss! Menyanyi, seperti ramai sedia maklum, memang ‘makanannya’. Sementara berlakon teater, ini bukanlah penampilan pertama. Bahkan kalau boleh penulis kata, Dina boleh tahan jugak kalau melawak. Menari? Hello, siapa kata orang berbadan besar tak boleh menari sebab dalam teater ni, Dina buktikan dia tak lari tempo, ok!

Dalam pada itu, berkongsi perasaan tentang penampilan pertamanya bersama produksi Cuci The Musical, Dina mengakui yang dia sebenar berasa cukup gementar sebelum naik ke pentas. Bagaimanapun, dia cuba memberikan yang terbaik agar penonton puas hati dan terhibur.

 

Salah satu adegan romantis Farah dan JojoSalah satu adegan romantis Farah dan Jojo

 

Lebih mengembirakan hati si pelantun lagu Cinta Datang lagi ini, apabila dia menjadi buah hati Awie  dalam Cuci. Bagai mimpi jadi kenyataan kata Dina, dia sememangnya menyimpan hasrat untuk berlakon bersama Awie yang memegang watak Jojo. 

 

..

 

- Foto-foto oleh Cipot Redz

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Share on Myspace
Share