|
.
Tiga nama ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat dan populariti mereka sedia mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri hiburan tanah air. Bukan setakat jadi kegilaan peminat, malah mereka jadi rebutan produser, stesen-stesen televisyen tak ketinggalan radio, badan koporat dan jenama untuk bekerjasama.
Bijak mengatur kerjaya seni, Aaron Aziz, Johan dan Zizan akhirnya menerima lamaran sebagai Artis Naungan Astro demi mengatur halatuju dan kerjaya mereka dalam bidang hiburan. Meskipun ketiga mereka sebenarnya sedia mampu berdiri atas kaki sendiri, namun peluang ni tidak dipersiakan. Apatahlagi pihak Astro menjanjikan peluang yang lebih besar kepada mereka untuk pergi lebih jauh dan merencanakan jadual seni mereka dengan lebih tersusun.
“ Saya terima lamaran ni sebab ia satu peluang keemasan untuk saya kembangkan lagi bakat saya. Misalnya dari sudut bidang pengacaraan, radio juga platform untuk saya berjinak-jinak dalam dunia penerbitan muzik. ”, kata Aaron Aziz sewaktu ditemui di satu majlis menandatangani kontrak bersama Astro, di Hotel Hilton Kuala Lumpur, semalam.
Dia juga kini sedang sibuk menjalani penggambaran Adam & Hawa. Drama 80 episod ni akan ditayangkan di platform Astro dan dalam perbincangan terakhir untuk beberapa buah jenama. Aaron juga bakal memberi kejutan kepada peminatnya menerusi sebuah lagu yang akan dirakamkan.
.
Sementara bagi Johan dan Zizan, peluang ini disifatkan sebagai satu tanggungjawab yang besar. Kerana di samping ia peluang memaksimumkan bakat yang bukan saja di lapangan komedi, kehadiran mereka memberi kesan kepada Astro agar terus mencatat rating yang tinggi.
“Setakat ni kami meneruskan dengan program yang sedia ada iaitu sebagai hos Raja Lawak musim keenam. Kemudian ada beberapa program baru untuk kami berdua juga slot untuk setiap seorang, yang kini masih dalam perbingcangan”, kata Zizan.
Dalam pada itu, kedua pelawak ini juga dilantik sebagai duta bagi saluran WARNA. Mereka akan muncul menerusi program terbaru di saluran tersebut berjudul Superspontan. Bukan itu saja, Johan dan Zizan akan merakamkan single khas buat para peminat.
Astro Beri Kebebasan Berbeza dengan sebagai wajah eksklusif Astro yang mana, artis yang dipilih hanya akan muncul menerusi produk-produk stesen berbayar itu. Tetapi sebagai artis naungan, Aaron, Johan dan Zizan tetap diberi kebebasan untuk muncul atau menerima tawaran dari stesen TV lain. Itupun bergantung kepada masa, jadual serta kesesuaian satu-satu projek itu dengan mereka.
.
Sama-sama kita nantikan kejutan-kejutan yang akan ditampilkan ketiga-tiga selebriti terhangat di pasaran ini, tak lama lagi!
Foto-foto oleh Cipot Redz
-mD
|