|
|
|
Thursday, 01 March 2012 09:06 |
|
.
Konsert dibatalkan. Pelbagai reaksi diterima dari umum. Pengumuman rasmi pun telah dibuat semalam. Tak pasti pula sama ada penyanyi tersebut masih ada di sini atau dalam perjalanan ke Indonesia untuk merealisasikan konsertnya di sana. Ironinya, di sini nama Erykah Badu masih terus hangat diperkata. Sementelah dilaporkan The Star telah menggantung tugas dua orang editor yang bertanggungjawab ke atas penyiaran imej penuh kontroversi itu Erykah itu.
Gara-gara imej kontroversi Erykah Badu yang tersiar di akhbar harian berbahasa Inggeris itu membawa kepada pembatalan disaat akhir konsert tersebut yang sepatutnya berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil satu keputusan muktamad menarik semula permit konsert kerana imej tersebut yang menyentuh sensitiviti agama Islam
Walaubagaiamana, wakil pihak penganjur telah mengesahkan bahwa pihak The Star telah memohon maaf. Tapi apa boleh buat… ‘nasi dah jadi nasi impit’.
Memetik kenyataan di The Malaysian Insider, Editor Kanan sisipan Star2, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Editor Daryl Goh telah di gantung berkuatkuasa serta merta.
Difahamkan The Star telah melantik Editor Bersekutu Rozaid Rahman dan Shah Dadameah untuk membantu juga membimbing akhbar itu berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti kaum & agama.
-mD
|