|
|
|
Thursday, 06 September 2012 04:11 |
.
Peserta program realiti Raja Lawak Musim ke-5 (RL5), Man, didakwa kononnya sudah mendaftarkan diri sebagai ahli parti pas, baru-baru ini.
Memetik kenyataan di portal hiburan murai.com, kelibat Man dilihat di dalam sebuah video yang memaparkan komen Ustaz Azhar Idrus terhadap pelakon Abby Abadi.
Tuduhan ini diperkuatkan lagi apabila Man dengarnya bakal menjadi pengacara dalam program agama yang diberi nama Ustaz Sayang Anda.
Program tersebut akan dianjurkan pada 8 September ini di Stadium MBJP, Kelana Jaya bermula jam 5.30 petang.
Walaupun program itu tidak memberitahu sama ada ia dianjurkan Parti Pas atau pun tidak, namun pemilihan Man sebagai pengacara program itu adalah disebabkan dia sudah mengesahkan akan memangkah parti itu nanti. Boleh gitu?
Pun begitu, berita ni belum betul-betul sahih. Kalau pun betul, mungkin Man ada penjelasan tersendiri. Lagipun setiap daripada kita ada hak sendiri untuk memilih parti pilihan mereka.
Siapa tahu Man dipilih kerana lawak jenaka beliau banyak memberikan mesej ke arah kerohanian. Tak gitu dek non.
- mD
|