Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Diana Danielle Belajar Masak, Impi Bersanding Dalam Taman

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Thursday, 06 September 2012 04:40

..

Sejak berita pertunangannya tersebar, nama Diana Danielle menjadi topik perbualan dunia hiburan beberapa hari ini. Sepertimana yang gadis berusia 21 tahun ini pernah katakan, dia tidak teruja sangat dengan status barunya itu kerana menganggap masa setahun ini sebagai tempoh percubaan sebelum mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Ditemui ketika majlis Pelancaran Filem-Filem 2012 Grand Brilliance semalam, Diana mengakui dia dan Farid Kamil memang sudah lama merancang mahu bertunang. Cuma sebelum ini dek kerana usianya yang masih muda dan mereka perlu masa yang betul-betul sesuai. Namun apabila difikirkan semula, mereka merasakan usia perkenalan hampir mencecah empat tahun sudah cukup untuk 'membawa' perhubungan mereka itu selangkah ke hadapan.

Dan hari ini masuk hari keempat Diana bergelar tunangan kepada aktor kacak, Farid. Sungguhpun begitu, tidak banyak perubahan yang dirasai Diana.

"Sama saja. Rutin harian dan kerja masih berjalan seperti biasa. Cuma sekarang saya dah mula belajar masak (gelak) dan nak mendalami lebih lagi ilmu agama", kata Diana sambil tersenyum.

Dalam pada itu pelakon Sembunyi ini juga tidak menafikan yang dalam tempoh pertunangan ini pasti banyak dugaan yang bakal diharungi.

"Kalau tak bertunang pun tetap ada macam-macam dugaan. Apa yang penting kami berdua sudah bersedia untuk menempuhnya. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk kami",

Tentang majlis perkahwinan pula setakat ini, Diana masih tidak memikirkan apa-apa lagi persiapan. Tetapi dia menyimpan impian mahu bersanding dalam suasana ala taman.

"Walaupun cuaca negara kita ni panas, tapi saya teringin nak buat majlis berkonsepkan  ala dalam taman - a small garden wedding", ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Diana kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem Kami Histeria. Filem seram-komedi-muzik ni turut dijayakan Fazura, Mila Jirin, Sara Ali, Nad Zainal, Umi Omar dan ramai lagi.

Selain sedang menanti tayangan filem Sembunyi lakonannya yang turut menampilkan bintang seperti Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad, pada 22 November depan.

 

- Foto oleh Cipotredz

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.