Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Sikap Panas Baran 'Jadi Modal' Sharnaaz Raih Peluang Berlakon

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Thursday, 06 September 2012 11:39

..

Pelakon berbakat besar Sharnaaz Ahmad mengakui sikap panas baran dan mudah melenting yang ada dalam diri secara tidak sengaja membuka ruang buatnya meraih tawaran berlakon.

Sudah beberapa kali anak kelahiran Pulau Pinang ini ditawar membawa watak seorang yang panas baran antaranya menerusi drama Bukan Bidadari dan terbaru lakonannya bersama Nora Danish menerusi telemovie sempena raya lalu berjudul Dibawah Langitmu.

"Itulah, bila saya dianugerahkan dengan sikap yang macam itu (panas baran) tak sangka pula saya boleh tukarkannya menjadi satu peluang lakonan", ulas Sharnaaz secara ringkas ketika ditanya berikutan sejak akhir-akhir ini lakonannya lebih menonjol dengan karakter sebegitu.

Walaubagaimana pun dia kini masih lagi dalam usaha untuk mengawal sikap buruk itu.

"Sekarang ni saya dah boleh kawal sikit dan sudah boleh berfikir. Kalau rasa nak marah pada seseorang tu, saya ambil pendekatan cuba bertenang atau kalau rasa tak boleh tahan, saya angkat kaki dari situ.

"Sejak saya berjumpa dengan Uncle Jeff (suami kepada penyanyi Noraniza Idris) beberapa bulan lalu, dia banyak memberi nasihat kepada saya. Kalau rasa marah, dia berpesan supaya saya pergi ambil wuduk", ujarnya.

Sedia Sunting Shila
Dalam pada itu ditanya mengenai perkembangan hubungannya bersama penyanyi Shila Amzah, jejaka berusia 27 tahun ini menjawab dia sudah bersedia untuk menyunting kekasihnya itu sebagai isteri. Cuma buat masa ini, fokusnya tertumpu pada kerjaya begitu juga dengan Shila.

"Saya dah sedia nak sunting dia. Kalau nak cakap pasal duit, memang sebenarnya lagi difikirkan lagi kita rasa tak pernah cukup. Cuma buat masa ini kami berdua sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

InsyaAllah, target nak kahwin tahun 2014", katanya yang baru selesai menjalani pengambaran filem Juvana.

Terkini, pada 10 September ini Sharnaaz akan berada di set pengambaran Darah Panas. Sebuah filem aksi-islamik yang bakal menyaksikan gandingannya bersama pelakon Nur Fathia Latiff turut dibantu oleh Sofi Jikan dan Adam Corrie Lee.

Sharnaaz juga sedang menanti tayangan filem Sembunyi yang akan menggegarkan pawagam mulai 22 November depan. 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

   
   

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.