|
|
|
Saturday, 08 September 2012 07:33 |
.
Lama juga tidak mendengar khabar juara One In A Million (OIAM2) ini. Dua tahun tidak muncul dikhalayak, penyanyi Ayu Damit bagaimanapun menegaskan kehilangannya daripada dunia hiburan tanah air bukan kerana mahu melarikan diri ekoran dakwaan hamil luar nikah.
Memetik kenyataan di mStar, ibu berusia 23 tahun ini berkata, dia tidak pernah merajuk atau menjauhkan diri tetapi menimba pengalaman sebagai penyanyi “lounge” hotel sejak setahun setengah yang lalu.
“Saya tidak pernah hilang, merajuk atau melarikan diri daripada industri. Hakikatnya, saya masih wujud cuma tidak muncul di depan khalayak saja.
“Sepanjang sembilan bulan lalu, saya menyanyi di “lounge” sebuah hotel di ibu negara. Saya diberi kebebasan menyanyi pelbagai jenis lagu serta dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi dengan penonton,” kata Ayu Damit.
Pengalaman menyanyi di luar arena hiburan komersial selama ini memberikan pendedahan dan pengalaman baru yang berguna sebagai persiapan untuk kembali ke bidang nyanyian tidak lama lagi.
“Banyak pengalaman berguna yang boleh dijadikan panduan sebelum saya kembali beraksi di pentas nyanyian nanti. Secara rasminya, saya sudah kembali dengan label baru sejak awal April lalu.
“Album kedua yang memuatkan enam lagu sudah dipasarkan sebelum Ramadan lalu. Saya berasa teruja untuk kembali,” katanya.
Album terbaru ibu kepada Syed Nashrul Haikal, 2, dan Syarifah Alya Adrianna, 11 bulan ini akan memuatkan beberapa lagu-lagu lama popular seperti Salam Buat Kekasih nyanyian Nadia, Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon) dan Penghujung Rindu (Jamal Abdillah).
- mD
|