|
|
|
Monday, 10 September 2012 01:23 |
.
Tahniah kepada penyanyi Haiza 32, kerana selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras, semalam.
Bayi seberat 3.07 kilogram itu lahir secara normal kira-kira pukul 8.37 malam (Ahad) dan diberikan nama Nur Iman Syafie.
Katanya nama Nur Iman Syafie dipilih selepas dia dan suami Norhanaphe Omar, 32, mengetahui jantina anak mereka itu selepas beberapa bulan mengandung.
"Nur Iman Syafie bermakna cahaya keimanan. Saya dan suami berharap anak kami ini akan menjadi orang yang beriman," kata Haiza.
Haiza juga meluahkan rasa syukur kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Allah mengurniakan zuriat buat mereka selepas puas berusaha.
"Zuriat ini amat bermakna buat saya dan suami. Syukur kepada Allah," katanya.
Haiza dan Norhanaphe mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2007.
- mD
|