Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Konsert Sijori Suntik Inspirasi Ribuan Anak Muda Pengerang

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Tuesday, 11 September 2012 01:55

..

Semakin berusia, semakin ligat mereka beraksi! Dan barisan 'otaimer' ini masih mampu membuat penonton terpaku sepanjang mereka membuat persembahan. Impresif, gabungan artis popular dari tiga negara Singapura-Malaysia-Indonesia di satu pentas yang sama iaitu Ramli Sarip, Lefthanded, Jat Ali, Mas Idayu, Idang Rasjidi, Man Kidal dan Tompi di konsert Sijori yang berlangsung di Tanjung Balau pada Sabtu lalu berjaya menarik perhatian kira-kira 15 ribu penonton.

Sekaligus berjaya memenuhi objektif iaitu mahu memberi inspirasi buat anak-anak muda seluruh Pengerang, agar berusaha tanpa putus asa untuk mengecapi kejayaan dalam hidup sepertimana kejayaan yang dicipta oleh barisan penghibur tersebut.

..

Dihoskan dua pelawak popular, Nabil dan Angah, konsert percuma ni bermula jam 9 malam dengan menampilkan Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar sebagai pembuka persembahan konsert. Sedikit kelainan yang dipersembahnya, Asmidar tidak secara solo tetapi kali ini dia bersama band mendedangkan lagu-lagu berentak Pop dan Jazz.

Kemudian, Ratu Gelek tanah air tampil menambah kehangatan suasana dengan lagu-lagu seperti Sengol-Sengolan Cubit-Cubitan,Robek Hatiku dan Cintaku 100%. Seperti biasa, aksi gelek 45 darjah Mas Idayu memukau sekali yang ada.

Diterbangkan khas dari Indonesia, giliran gandingan penyanyi versatil Tompi dan Idang Rasjidi bersama iringan pemuzik hebat yang terdiri daripada anak muda belasan tahun mengegar pentas. Dengan persembahan yang cukup unik dan menghiburkan, lantas Idang dan Tompi berjaya membuat penonton terus tidak berganjak.

Idang RasjidiIdang Rasjidi

TompiTompi

Dari mood lagu-lagu dan muzik berkonsepkan Jazz, RnB dan Pop, artis Singapura Jatt Ali (Black Dog Bone) bersama band iringan membuat para penonton semakin rancak berhibur! Menerusi persembahan lagu-lagu seperti Si Gadis Ayu, Bahagia dan Derita, Khalayan dan istimewa lagu raya, Cahaya di Aidil Fitri memandang kita semua masih lagi dalam mood bulan Syawal.

Jatt AliJatt Ali

Tak cukup setakat itu kemunculan Man Kidal bersama kumpulan Lefthanded mengegar pentas! Nash dan kawan-kawan membawa penonton kembali ke kegemilangan era 80-an menerusi lagu seperti Debunga Wangi, Tiada Lagi Kidungmu, Seruan dan Ku Di Halaman Rindu.

Nash dan Man KidalNash dan Man Kidal

Meniti ke jam 12 malam, konsert masih belum berakhir. Penampilan artis yang dinanti ramai, Ramli Sarip. Penonton ikut sama bernyanyi tatkala figura yang mendapat jolokan Papa Rock ni mempersembahkan lagu seperti Teratai, Kamelia dan Doa Buat Kekasih.

..

Konsert Sijori ni merupakan kemuncak acara sempena anjuran Badan Rekreasi Dan Komuniti Pengerang, Johor.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.