Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Hamil Tak Halang Fasha Sibukkan Diri di Set, Salon & Litar

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Tuesday, 11 September 2012 02:50

..

Mengakui dirinya seorang yang bukan boleh duduk diam, Fasha Sandha memberitahu meskipun kandungannya di usia tiga bulan pertama, dia masih tetap aktif menjalani rutin harian. Kalau tidak di set penggambaran sekalipun, tumpuannya akan terarah pada Chinta, iaitu perniagaan salonnya. Sambil-sambil itu dia mencuri masa menemani suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai keluar negara untuk menyertai aktiviti perlumbaan kereta iaitu Kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.

Ditemui di sidang media drama bersiri Runtun Qalbu, Fasha yang kelihatan sedikit berisi berkata disebabkan sudah biasa bekerja dia tidak suka mengambil peluang untuk bercuti lama.
 
"Saya memang kuat bekerja meskipun dalam keadaan sekarang. Suami pun tahu dan dia tidaklah menghalang cuma ada nasihatkan saya supaya buat sekadar yang mampu. Saya tak boleh berehat lama sebab nanti mesti saya mesti rindukan set. Kalau tiada pengambaran, saya akan ke salon", kata Fasha Sandha yang ditemui selepas sidang media di Sri Pentas, semalam.

Kalau tidak pun, saya akan temankan suami sertai perlumbaan kereta. Pada Ahad ini saya akan temankan suami Guangzhou dan InsyaAllah akan Shanghai. Sebelum ni saya ikut dia ke Ordos, Fuji dan di litar Sepang.

Sementara itu, berkongsi pengalaman hamil, tidak seperti kebanyakkan wanita lain, Fasha berkata dia tidak mengalami alahan teruk apatahlagi mengidam yang bukan-bukan. Cuma sejak akhir-akhir ini dia alah pada ubat gigi. 

"Saya tak boleh bau ubat gigi. Jadi setiap pagi bila nak gosok gigi tu saya akan muntah lah. Nak mengidam makan yang pelik-pelik belum lagi. Cuma Jejai yang sekarang lebih ketara nak makan macam-macam makanan", ujarnya.

Teraju utama Runtun Qalbu, (dari kiri) Kamal Adli, Fasha Sandha dan Shah Iskandar.Teraju utama Runtun Qalbu, (dari kiri) Kamal Adli, Fasha Sandha dan Shah Iskandar.

Fasha bakal muncul menerusi slot Zehra dalam drama berjudul Runtun Qalbu. Memengang watak Idayu, Fasha bergandingan dengan Kamal Adli. Drama arahan pengarah baru berbakat besar iaitu adik kepada Ahmad Idham, Khalid Nazri ni turut dibarisi pelakon seperti Shah Iskandar, Fida Ibrahim, Reen Rahim dan ramai lagi. Drama 13 episod yang diyakini bakal mencetuskan fenomena ini akan ditayangkan bermula 21 September ini.

Selain itu, Fasha akan kembali ke set bagi menjalani pengambaran drama  Janji Shirah sekitar November nanti.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.