Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Che Tah Nafi Kenali Bob

Print E-mail
  
Tuesday, 11 September 2012 01:58

..

Baru-baru ini timbul khabar angin yang mengatakan, Rozita Che Wan aka Che Tah mahu menamatkan zaman solonya hujung tahun ini.

Pun begitu tuan empunya badan ni berkata dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip tersebut tersebar sedangkan dia sendiri tidak mengenali lelaki bernama Bob yang dikaitkan dengannya itu.

"Lucu juga sebab ini bukan kali pertama saya dikaitkan dengan lelaki dan terbaru, lelaki tersebut kononnya merupakan seorang ahli pernigaan dari Johor Bahru. Saya sendiri tidak tahu akan kewujudan lelaki berkenaan apatah lagi mahu mendirikan rumah tangga," jelas Rozita Che Wan yang akan bercuti selama seminggu bersama adiknya, Ayu Raudhah ke Belanda dan Paris awal Oktober depan.
 
Mengulas mengenai kisahnya yang dikatakan suka mencari lelaki yang berharta pula, Rozita mempunyai jawapannya yang tersendiri,
 
"Jujur saya cakap setiap orang pasti akan memilih yang terbaik untuk dijadikan suami atau isteri, begitu juga dengan saya. Jadi sudah tentulah saya akan pilih yang terbaik untuk diri dan anak-anak. Pasal duit atau harta itu semua subjektif. Duit boleh cari tetapi lelaki yang baik bukan mudah untuk ditemui," ujar Rozita lagi.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.