Juhari Shaarani (tengah) bersama barisan pelawak terkenal yang akan menjayakan 'LKD2'. Foto oleh Mohd Ridzuan
Dunia lawak sememang menjadi satu fenomena pada Malaysia. Setelah meraih sambutan hangat menerusi Lawak Ke, Der? (LKD) yang dipersembahkan awal tahun ini. Atas permintaan ramai, barisan pelawak terkenal negara - Boboi, Jozan serta Harith Iskander akan kembali mengegarkan pentas Panggung Sari menerusi Lawak Ke, Der? musim ke-2 (LDK2).
Lebih menarik,lawak-lawak yang bakal disaji adalah 100% jenaka-jenaka baru! Selain persembahan diadakan pada hari bekerja tidak seperti musim lalu yang hanya pada hujung minggu.
Bercakap pada sidang medianya semalam, Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhari Shaarani berkata setakat ini sebanyak 2000 tiket sudah terjual dalam masa 4 hari. Sekaligus ini merupakan petanda baik dalam mencapai sasaran menjadikan persembahan yang mengisi slot Hati Di Geletek ini sebagai salah satu lagi persembahan pecah panggung 2012 Istana Istana Budaya (IB).
Di samping itu, untuk persembahan kali ini barisan pelawak disaran supaya menerapkan nilai-nilai murni dan elemen-elemen sayangkan negara. Bukan mahu mencipta sebarang propaganda tetapi saranan tersebut sebagai garis panduan. Apatahlagi berdasar penonton musim lalu, penonton kanak-kanak juga antara golongan yang memenuhi panggung.
"Diharapkan para pelawak tersohor kita nanti akan menyelitkan unsur nilai murni juga cintakan negara agar persembahan nampak seimbang. Sekaligus sesuai untuk tontonan semua golongan. Musim lalu mereka ada menyelitkan elemen sebegitu cuma kurang jelas. Kali ini pihak IB minta kerjasama daripada pelawak-pelawak tersohor kita ni", kata Juhari ketika ditemui di Istana Budaya, semalam.
Sementara itu, figura yang mendapat jolokan 'The King of Malaysian Comedy', Harith Iskander berkata menyedari jangkaan penonton untuk persembahannya kali ini akan lebih tinggi, beliau kini dalam usaha membuat persediaan mencari pengisian baru dan segar untuk dipertontonkan.
Begitu juga dengan Johan dan Zizan aka Jozan, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Kata Zizan, mereka berdua menjanjikan satu persembahan yang belum pernah dipertontonkan sebelum ini.
Diarahkan oleh pelakon dan pengarah terkemuka, Hans Isaac dan akan menampilkan Juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil, sebagai pengacara.
Lawak Ke, Der? 2 merupakan kerjasama antara Istana Budaya dan NRG Enterprise dan tirainya akan bermula 28, 29 dan 30 September serta 1, 2 dan 3 Oktober depan.
Harga Tiket adalah RM193, RM173, RM123, RM83, RM43. Manakala harga persembahan matinee (petang) pula adalah RM123, RM83, RM73, RM53 dan RM33. Tiket bole dibeli di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4147 8600 atau datang terus ke kaunter box office, di Istana Budaya.
- mD