Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Zizan Bakal Deejay Era FM?

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 12 September 2012 01:50

..

Selepas Nabil dan Johan menceburi bidang penyiaran radio, trend pelawak jadi deejay radio nampaknya begitu menjadi tarikan para pendengar.

Terbaru, Zizan khabarnya bakal mengisi kerusi di konti Era.FM sebagai penyampai stesen radio terbabit. Pun begitu, empunya nama sebenar Zizan Abdul Razak ni memberitahu dia masih mempertimbangkan tawaran itu.

Ini disebabkan banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum bersetuju. Menurut Zizan, dia juga akan bertemu dengan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran bagi membincangkan tawaran tersebut.

"Jika saya bersetuju untuk menyertai Era FM itu bermakna saya sudah bersedia untuk terikat dengan satu lagi komitmen yang besar. Sebab itu saya perlu berfikir dan melihat jadual tugas saya sebelum memberi apa-apa keputusan.

"Bagaimanapun saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Era FM terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum memberi apa-apa keputusan," ujar pelakon berusia 28 tahun ini.

Menurut Zizan, dia telah dihubungi oleh pihak Era FM bulan lalu untuk tugas tersebut secara sambilan selama sekali seminggu.

Zizan berkata, dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Aznil Nawawi menerusi slot Carta Era 40 Bersama Aznil pada setiap Sabtu yang ke udara bermula pukul 12 tengah hari.

"Ia umpama satu penghormatan jika dapat bergandingan dengan seseorang yang cukup berpengalaman dan saya hormati seperti Pak Nil. Namun seperti yang saya katakan tadi saya perlu melihat pelbagai aspek sebelum berkata 'ya'.

"Tambahan pula saya ada sedikit keraguan sama ada dapat menjadi seorang penyampai radio yang baik seperti Pak Nil dan Johan ataupun tidak," jelasnya.

Perkembangan lain, sebagai Jozan, Zizan akan menjayakan Lawak Ke, Der? 2. Di samping filem lakonannya berjudul Hantu Kapcai juga bakal menjengah pawagam bermula 27 September ini.

- mD





 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.