Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Boboi Kini Sudah Bertiga

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 12 September 2012 01:55

Boboi terdiri daripada Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan ahli baru, Nabil.Boboi terdiri daripada Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan ahli baru, Nabil.

Bila sebut Boboi, anda sudah sedia maklum siapa mereka. Ya, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Namun tak lama lagi kemuculan dua sahabat ini akan disertai dengan seorang lagi ahli baru iaitu Raja Lawak musim ke-2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil. Berita ini disahkan sendiri oleh Afdlin malah memberitahu pernyertaan Nabil atau nama gelarannya "boboi nge" (Boboi telinga) adalah sebagai anggota kekal.

Menurut pengarah dan pelawak popular itu, idea untuk menawarkan Nabil menyertai Boboi dibuat selepas mendapat tahu yang Nabil masih lagi sedang berfikir sama ada mahu atau tidak untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM2) yang akan diadakan tak lama lagi.

Lantaran penyertaan Nabil dirasakan tepat dan akan memberi gambaran baru pada peminat-peminat Boboi menerusi persembahan-persembahan mereka yang akan datang.

"Sebelum ni pun Nabil pernah beberapa kali berkerjasama dengan saya menerusi filem. Dan saya dapat rasakan yang kami ada keserasian. Saya ada bertanyakan padanya, sama ada dia nak sahut cabaran MLM2 atau tidak. Dia beritahu yang dia masih sedang berfikir lagi. Dia ada suarakan pada saya yang dia masih takut nak buat secara solo. Sebab lagipun cabaran nak cari idea tu mungkin lagi besar.

"Jadi saya tawarkan dia sertai Boboi. Dan dia pun ok. Satu yang saya nampak bila kami bertiga bergabung, golongan peminat tu lagi meluas. Kalau abang Harun pengikutnya tertumpu pada golongan lebih berusia. Kalau saya semi-berusia. Nabil pula golongan muda remaja. Mungkin dalam persembahan-persembahan kami nanti pengisiannya lagi seimbang iaitu merangkumi dari tontonan remaja hingga penonton berusia.

"Kalau saya Boboyot, Harun Boboi we. Nabil pulak Boboi nge (sebab telinga Nabil yang capang). Jadi gabungan ni juga boleh di kira kombinasi pelawak tiga generasi", kata Afdlin ketika ditemui di sidang media Lawak Ke, Der? 2 bertempat di Istana Budaya, semalam.

Tambahnya, selain persembahan untuk LKD2, mereka bertiga akan bergabungan dan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega musim ke-2 nanti.  
 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.