Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Ning Jawab Isu Terlibat Dengan Konsert 'Guinness Arthur's Day'

Print E-mail
  
Wednesday, 12 September 2012 02:10

..

Baru-baru ini, Mizz Nina dikritik gara-gara penglibatanya BAGI menjayakan sebuah konsert tajaan minuman keras yang diberi nama Souled Out Guinness Arthur's Day yang akan berlangsung pada 28 September ini.

Melihat pada poster konsert tersebut, turut terpampang gambar wajah Ning Baizura. Lantas timbul dakwaan penyanyi itu juga turut bakal membuat persembahan.

Namun begitu, pihak pengurusan Ning, HappenNINGS (M) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menyangkal dakwaan itu seperti berikut,
 
NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”
 
Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara Guinness Arthur’s Day yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.
 
Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.
 
Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.
 
Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras.
 
Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.
 
KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.