Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Jozan Masih Belum Pasti

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 12 September 2012 02:25

..

Para peminat Maharaja Lawak Mega (MLM) semestinya tidak sabar menantikan pertandingan program komedi terhangat terbitan Astro ni yang bakal memulakan tayangan musim kedua tidak lama lagi. Dan antara kumpulan yang sentiasa menjadi tumpuan siapa lagi kalau bukan Jozan.

Namun dalam pada kita semua menanti tirai tayangannya, timbul desas desus kononnya kumpulan Jozan akan berpecah. Johan dikatakan akan menyertai kumpulan lain begitu juga Zizan yang juga dikhabarkan beralih kepada sebuah kumpulan lain.

Berpeluang bertemu kedua sahabat baik ini di Istana Budaya sempena sidang media Lawak Ker Der? 2, MD bertanyakan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut. Johan menjawab,

"Kami sebenarnya masih sedang memikirkan sama ada mahu menyertai pertandingan itu. Ini disebabkan masing antara kami membuat jadual yang begitu padat. Saya dengan tugasan di radio dan sesekali berlakon untuk MCP. Zizan pula sibuk jalani penggambaran filem. Jadi kami perlu menghormati masa masing-masing.

"Sebab, MLM memerlukan idea dan pengisian yang baru pada setiap minggu. Jadi kami bimbang dengan kesibukan kami sekarang, kami sukar memberi ruang pada MLM dari segi untuk memikirkan idea persembahan dan beberapa perkara lain.

"Berbeza dengan persembahan untuk Lawak Ke, Der? 2, kami hanya mempunyai dua kali slot persembahan. Jadi itu tidak menjadi masalah besar sangat', kata Johan.

Dalam pada itu, Zizan pula berkata, Jozan tidak akan berpecah dan yakin keserasiannya bersama Johan akan terus berpanjangan.

..

"Kami akan terus bekerjasama dan keserasian kami berdua tu akan berterusan. Johan pun dah tahu mana kelemahan dan kelebihan saya. Begitu juga dengan saya.

"Masing-masing tahu nak coverline kekurangan masing-masing. Dan itu yang membuatkan kami senang bersama dalam setiap persembahan dan senang untuk buat spontan", celah Zizan. 

Bercerita tentang persiapan untuk Lawak Ker, Der? 2, Jozan sekarang dalam proses mengumpul idea-idea baru persembahan yang akan dipertontonkan nanti.

Persembahan musim kedua yang akan embuka tirai di Panggung Sari Istana Budaya, pada 28, 29, dan 30 September serta 1, 2,dan 3 Oktober ni akan diarahkan oleh Hans Isaac, sementara Nabil sebagai hos. 


- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.