|
Farahanim Rahim
|
|
Wednesday, 12 September 2012 02:39 |
.
Mungkin anda berasa geli, mual atau tak dapat nak bayangkan. Tapi hakikatnya itu yang dilakukan pelakon Fizz Fairuz apabila dia meletakkan air kencingnya sendiri ke mata sebagai penawar. Ini disebabkan dia tidak tahan menanggung kesakitan pada matanya yang terkena jangkitan virus. Kesan jangkitan itu menyebabkan matanya bengkak teruk dan penglihatannya kedua-dua matanya menjadi kabur selama sebulan setengah.
Menurut Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH'11 ni, dia mendapat jangkitan tersebut ketika menjalani penggambaran filem Hantu Kapcai di Kuang sekitar Julai tahun lalu. Lantas kerana sakit mata itu juga Fizz meluahkan kekecewaan kerana merasakan dia tidak dapat memberikan lakonan yang terbaik sepanjang menjalani penggambaran filem pertama arahan pengarah Ghaz Abu Bakar itu.
Bercerita lanjut, kata Fizz semuanya bermula sewaktu dia sedang berehat dan minum di sebuah kedai.
"Masa tu tiba-tiba mata saya gatal, macam masuk habuk. Jadi saya gosok. Esoknya ia mula bengkak. Lama kelamaan bengkak semakin teruk. Mata saya berair, rasa sakit dan penglihatan saya kabur. Selama sebulan setengah saya menderita", ujar Fizz berkongsi pengalaman pahitnya itu.
Fizz Fairuz ditemui di majlis pelancaran filem Hantu Kapcai, di Cathay e @ Curve, Mutiara Damansara petang semalam.
Fizz mengakui disebabkan kesakitan amat sangat yang di alami membuatkan dia sentiasa berada dalam keadaan emosi. Malahan dia terpaksa duduk berasingan dengan kru-kru lain sepanjang di set bagi mengelak dari penyakitnya berjangkit.
Bermacam cara di cuba. Kebetulan ketika di lokasi penggambaran dia berjumpa dengan seorang makcik dan wanita itu menyuruh Fizz memupukkan matanya dengan air sirih. Demi nak cepat baik, Fizz melakukan amalan tersebut.
"Saya buat seperti mana yang disuruh. Malangnya bengkak bertambah dan matanya semakin merah. Apabila saya jumpa doktor, saya kena marah. Sebab, rupanya air sirih tu tajam dan telah menyebabkan urat mata saya jadi nipis. Doktor beritahu kalau urat mata saya putus, boleh mengakibatkan buta.
"Saya ditahan di hospital selama 6 jam untuk menjalani rawatan. Sepanjang itu mata saya diletakkan besi dan saya diberi pil tidur. Senang kata, saya tidur dalam keadaan mata terbuka", ujarnya.
Tak cukup dengan itu, nak dijadikan cerita, seorang sahabatnya memberikan Fizz petua iaitu menyuruh aktor itu meletakkan air kencing sendiri pada matanya. Disebabkan nak cepat baik punya pasal, Fizz buat!
"Sebaik bangun pagi, saya gunakan air kencing saya. Saya letakkan pada mata dan beberapa saat lepas tu saya cuci. Saya buat selama tiga hari berturut-turut. Nak kata mujarab sepenuhnya, tidaklah. Tapi ada lah sikit perubahan, bengkaknya sikit susut. Tapi dalam pada tu saya sapukan krim yang dibekalkan oleh doktor untuk disapu pada keliling mata", jelasnya lagi.
Sementara itu dalam filem Hantu Kapcai Fizz memengang watak sebagai Ibrahim iaitu pemuda yang jahat dan 'kerjanya' sebagai pencuri selipar. Tapi Ibrahim mendapat hidayah untuk bertaubat. Dalam pada dia mendalami ilmu agama, hijabnya dibuka dan dia boleh melihat roh Ajib, seorang mat rempit yang maut sewaktu perlumbaan (lakonan Zizan Razak). Dan Fizz perlu menolong Ajib menyelesaikan satu perkara.
Filem aksi komedi terbitan Showbiz Production dan edaran United Studio itu akan ditayangkan bermula 27 September 2012.
- mD
|