|
Farahanim Rahim
|
|
Thursday, 13 September 2012 01:03 |
Barisan pelakon filem 'Hantu Kapcai'
Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim mengakui kecewa dengan pulangan kutipan filem terkini terbitan KRU Studios berjudul 29 Februari. InI berikutan filem arahan adiknya, Edry itu hanya mengumpul kutipan RM500 ribu selepas dua minggu ditayangkan.
Pun begitu Norman berkata, pihaknya tidak melihat menganggap ia sebagai kegagalan tetapi pengalaman berguna untuk filem-filem akan datang.
"Saya akui ia kurang menjadi (kutipan) dan kami sedikit kecewa tetapi tak menganggap filem itu gagal. Ia pengalaman berguna untuk pemasaran filem-filem akan datang.
Justeru filem Hantu Kapcai menjadi taruhan baru sekaligus diyakini mampu menarik semula minat kaki wayang untuk kembali semula memenuhi ke panggung.
Filem aksi komedi edaran anak syarikat milik penuh KRU Malaysia Sdn Bhd iaitu United Studios Sdn Bhd merupakan bikinan pengarah Ghaz Abu Bakar.
Menurut penerbit filem tersebut, walaupun filem Hantu Kapcai berkisar seorang mat rempit yang mati ketika terlibat di dalam lumba haram, banyak mesej positif yang tersirat yang boleh diambil sebagai pengajaran di sebalik berhibur dengan lawak jenaka yang pasti mencuit hati.
Sementara itu, Ghaz optimis merasakan yang karya filem pertamanya ini bakal mencipta sesutu yang luarbiasa. Tambahan filem ini dibarisi pelakon yang sedang kencang mengukuhkan nama dalam persada perfileman tanahair seperti Zizan Razak, sebagai peneraju utama, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen, Dian P.Ramlee, Riz Amin dan ramai lagi.
Hantu Kapcai adalah pengalaman berharga saya dalam industri perfileman. Meskipun terpaksa berdepan dengan cabaran besar iaitu babak Ajib kemalangan, hujan di tanah perkuburan dan perlumbaan akhir namun saya berpuas hati dan yakin filem ni dapat sambutan.
"Dari lensa seorang pengarah, saya menyampaikan penceritaan filem ini melalui pendekatan cerita rakyat Malaysia dengan sentuhan antarabangsa. 10 tahun akan datang, bila saya melihat semula filem ini, saya tetap akan berbangga dengan filem yang menghiburkan ini.” katanya yang sebelum ini lebih dikenali sebagai seorang yang cukup arif dalam pengarahan video muzik.
Antara video klip yang pernah dihasilkan Ghaz seperti Kisah Hati (Alyah) dan Pelangi Senja (Stacy) dan Aku Jatuh Cinta (Liyana Jasmay).
Hantu Kapcai tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.
Kepada peminat-peminat Zizan, Remy Ishak dan juga pelakon-pelakon lain yang membintangi filem Hantu Kapcai, jangan lupa saksikan filem ini yang akan ditayangkan serentak di seluruh negara pada 27 September ini.
- mD
|