Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Esma Daniel Sangkal Dakwaan Burukkan Zaiton Sameon

Print E-mail
  
Thursday, 13 September 2012 01:10

..

Pengarah dan pelakon, Esma Daniel menyangkal dakwaan bahawa filem pertama arahannya iaitu Zaiton Ceritaku yang berdasarkan pengalaman hidup penyanyi Zaiton Sameon dihasilkan untuk memburuk-burukkan artis itu.

Memetik kenyataan di mStar, beliau menjelaskan jalan cerita filem itu adalah berdasarkan fakta yang diceritakan sendiri oleh Zaiton dan mendapat persetujuan daripadanya untuk difilemkan.

"Filem ini dihasilkan mengikut perspektif Zaiton sendiri dan beliau banyak memberi nasihat mengenai apa yang patut dimasukkan ke dalam karya ini sebagai jalan cerita.

"Walaupun ada beberapa bahagian yang menceritakan mengenai sejarah buruk mengenai dirinya tetapi Zaiton membenarkan ia dipaparkan supaya penonton dapat mengetahui perkara sebenar tentang kisah hidup dirinya," kata Esma Daniel.

Tambahnya lagi, Zaiton berharap dengan paparan mengenai kisah hidupnya ia dapat membuka mata masyarakat mengenai apa yang telah terjadi supaya mereka mengambil pengajaran daripadanya. Esma memberitahu, menerusi filem ini juga Zaiton dapat menjawab segala tohmahan dan tanggapan buruk terhadap dirinya oleh sesetengah pihak sebelum ini.

"Bagi Zaiton filem ini amat penting untuk beliau menceritakan perkara sebenar kepada masyarakat dan atas dasar itu juga beliau banyak memainkan peranan penting dalam menjayakannya

"Malah ada beberapa kali beliau turun padang untuk memberi sokongan kepada kami semasa penggambaran dibuat," ujarnya.

Filem Zaiton Ceritaku yang menampilkan Nadia Aqilah sebagai Zaiton bakal ditayangkan pada 1 November depan.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.