Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Apresiasi Terbaik Rossa Buat Pecintanya!

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 14 September 2012 01:38

Rossa berduet dengan Joe Flizzow menerusi lagu 'One Night Lover'Rossa berduet dengan Joe Flizzow menerusi lagu 'One Night Lover'

Lebih dari 15 tahun berkarier di dunia muzik, menempanya menjadi salah satu penyanyi wanita terbaik Indonesia. Semangatnya untuk tetap eksis di dunia muzik, dibuktikan dengan lahirnya 8 album solo dan puluhan single terbaiknya. Sebagai persembahan istimewa dan terbaiknya untuk pada penggemar muzik Malaysia, Rossa kembali dengan buah tangan terbaru, The Best of Rossa untuk para pecintanya. Sebuah rangkuman perjalanan diva yang nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani ni di persada muzik.

Memuatkan 16 lagu hits Rossa seperti Hati Yang Kau Sakiti, Ayat-Ayat Cinta, Pudar, Aku Bukan Untukmu, Atas Nama Cinta dan Tegar, album ni sudah meraih 1.5 juta unit jualan di seluruh Indonesia sejak dilancarkan pada Mac lalu. 

Tambah istimewa ada lima lagu baru turut melengkapkan album ini yang setiapnya punya cerita tersendiri. Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, lagu yang menjadi taruhan single pertama, duet bersama pasangan serasinya Pasha yang juga merupakan vokalis band popular, Ungu.

Lagu kedua, Aku Bersahaja single yang kini sedang rancak dimainkan di stesen-stesen seluruh tanah air. Single duetnya bersama Taufik Batisah, penyanyi Singapura yang sangat terkenal di seluruh rantau Asia. Lebih manis, lagu ini adalah karya Rossa sendiri yang dihasilkan dalam masa dua minggu.

..

Jangan Ada Dusta Diantara Kita, lagu daripada lagenda almarhum Broery Marantika dinyanyikan semula Rossa. Kata Rossa single tersebut dipilih sebagai satu penghormatan pada idolanya. Bahkan lagu itu juga di dedikasikan kepada bapa saudaranya yang juga seorang peminat setia Broery.

Lagu baru keempat dalam album ni adalah sebuah komposisi berjudul Tak Sanggup Lagi. Sekaligus disifatkan sebagai single yang meneruskan legasi deretan lagu-lagu sedihnya. Dengan beat melloe yang indah dan petikan gitar akustikdi intro lagu, hasil pemuzik, Icha Jakustik.

Tak cukup dengan itu, Rossa tampilkan figura yang cukup kita kenali, The King of Hip Hop in Malaysia, Joe Flizzow menerusi lagu One Night Lover. Lantas Rossa menciptakan sejarah tersendiri apabila lagu itu merupakan lagu Inggeris pertama sepanjang dalam kariernya. Dirakamkan di United Kingdom sementara muzik videonya menjalani penggamb aran di Kota New York. Lagu ini sangat istimewa kerana ia memperlihatkan sisi berbeza Rossa. Mahukan lagu rancak ala dance-club sepertimana lagu-lagu J.Lo, kerna itu Rossa memilih Joe untuk bertanggungjawab merealisasikan keinginannya kerana percaya dan tahu yang Joe seorang komposer terbaik Malaysia, lebih- lebih lagi dalam penghasilan lagu dance dan Hip Hop.

Jadi, kalau anda menagku anda Pecinta Rossa, cepat dapatkan The Best of Rossa di oulet-oulet CD berdekatan anda!

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.