Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan - Zed

Print E-mail
  
Friday, 14 September 2012 01:40

..

Laporan mStar hari ini menyebut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Zed berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya.

Pada masa yang sama Zed turut mengulas mengenai kecenderungan segelintir artis yang mengaku sudah berhijrah tetapi bertindak menyertai parti politik tertentu dengan menghasut rakyat membenci kerajaan.

Tambahnya, tidak ada artis yang akan melakukan kerja secara suka rela setiap masa kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap sebaliknya mereka melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu untuk mendapat imbuhan.

Parti politik berkenaan pula terpaksa menggunakan artis kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah yang dianjurkan.

Malah ujarnya, ada juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.

Ditanya benarkan golongan berkenaan tidak mendapat tempat di persada seni kerana penghijrahan yang dibuat Zed berkata, perkara itu sebenarnya tidak berlaku jika perubahan berkenaan dilakukan dengan ikhlas dan baik.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan golongan berkenaan mengambil pendekatan memburuk-burukkan dunia seni sendiri serta menghentam pihak-pihak tertentu.

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.