.
Kumpulan yang dahulunya dikenali sebagai Sepah (Juara Raja Lawak musim ke-3) kemudian selepas seorang lagi anggotanya, Mamat menarik diri sekaligus kumpulan asal mereka dibubarkan dan kini ditukar menjadi Sepahtu. Anggotanya, Shuib dan Jepp mengakui sejak berdua, rezeki mereka baik dalam bidang lakonan mahupun di pentas lawak jenaka semakin murah.
"Alhamdulillah, sejak berdua sekarang ni boleh dikatakan rezeki kami memang murah. Kalau tak bergerak secara berkumpulan pun, rezeki tu lebih kepada individu. Masing-masing antara kami ada tawaran dalam lakonan atau bidang pengacaraan.
"Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Bob Azrai kerana ruang yang mereka diberikan pada kami. Mereka yang banyak nampak bakat kami dan kami sangat kami hargai. Sepahtu juga sudah ada drama bersiri iaitu Sepahtu Angan Tak Sudah di saluran Astro Warna.
"Sebenarnya untuk nama Sepahtu itu untuk projek pembikinan album. Selepas berlaku konflik dengan Mamat dan Sepah dibubarkan, kami dapat pula tawaran daripada produksi Mawi untuk pembikinan album dan kami pun bersetuju untuk menggunakan nama Sepahtu", kata Jepp sekaligus menjelaskan status nam kumpulan mereka itu.
Jepp dan Shuib ditemui ketika di Majlis Rumah Terbuka Sepah The Movie, bertempat di Bukit Kiara Kelab Equestrian, Kuala Lumpur, petang semalam.
Dua sahabat ni bakal muncul menerusi lakonan filem sulung mereka berjudul Sepah The Movie. Selain Shuib dan Jepp, filem pertama arahan MP Roslin ni turut menampilkan Mamat sebagai teraju utama.
Mamat.
Menjawab soalan mengenai bagaimanakah keserasian di antara mereka berdua dengan Mamat kembali wujud selepas berpecah, kata Jepp,
"Sebenarnya saya dan Mamat tiada masalah. Saya selalu hubungi dia. Kalau dia tak angkat telefon sekali pun, saya rasa tiada sebab lain melainkan dia sibuk. Tapi tak dinafi, pada awal-awal penggambaran, memang agak susah sikit bagi kami bertiga. Rasa kekok dan janggal sebab dah tak rasa macam dulu.
Tapi lama kelamaan kami ok. Kami cuba sedaya upaya untuk profesional. Masa harijadi Mamat hari tu, kami sambut sama-sama masa di set penggambaran Sepah The Movie. Soal peribadi kami tolak tepi. Apa yang kami tahu, kami nak filem ni berjaya.
"Pendek kata kami memang saling merindu untuk bekerjasa bersama. Tapi untuk kembali bertiga, kami rasa tak mungkin", ujar Jepp lagi.
Dalam pada itu Shuib pula berkata dia menyifatkan konflik yang tercetus satu waktu dulu sebagai perkara lampau dan tidak mahu diingatkan lagi. Kerana yang penting kini adalah kerjaya masa depan.
"Ala, itu semua benda remeh lah. Kami okay saja. Hari ini pun saya datang sebab ingatkan Mamat pun datang sekali. Saya nak sangat jumpa dengan Mamat. Raya hari tu tak sempat pegi rumah dia", tutur Shuib.
Sementara Sepah The Movie sebuah filem aksi komedi mengisahkan ragam tiga sahabat, Jepp, Shuib dan Mamat yang obses dengan motor cross, menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross.
Bagaimanapun Sepah terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu sofea, apakah kesudahannya?
Filem yang turut dijayakan Jehan Miskin, Anzalna, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Jambu dan ramai lagi akan ditayangkan bermula pada 29 November 2012.
- mD