Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Nicki Minaj & Keith Urban Rasmi Jadi Juri American Idol

Print E-mail
  
Monday, 17 September 2012 10:06

..

Selepas diva popular Mariah Carey memberi jawapan 'ya' kini teka-teki siapakah juri baru bagi program pencarian bakat terhangat Amerika, American Idol sudah pun terjawab. Nicki Minaj dan Keith Urban disahkan terpilih menjadi juri untuk musim kali ini.

Memetik kenyataan Fox, Randy Jackson yang sekian lama di kerusi juri American Idol, akhirnya akan ditemani oleh Mariah Carey, Nicki Minaj dan Keith Urban sebagai juri American Idol musim ke- 12. Ini bermaksud, rancangan itu akan kembali dengan empat orang juri, seperti mana dua musim yang lalu.

"Dengan hadirnya Mariah Carey, Keith Urban dan Nicki Minaj dan tentunya Randy Jackson, kekuatan bintang American Idol akan menjadi besar," ujar penerbit eksekutif, Simon Fuller.

Pada hari yang sama dengan pengumuman tersebut, keempat juri yang sudah ditetapkan itu akan menghadiri siri ujibakat pertama di New York tidak lama lagi.

"Nicki adalah sebuah fenomena antarabangsa yang luar biasa kerana berjaya meneruskan kegemilangan muzik Rap dan Pop. Sementara dengan kehadiran Keith memberi kelebihan pada pentas American Idol kerana dia adalah salah satu bintang terbesar dalam muzik Country," tambahnya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.