Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Konsert Kemuncak Suria FM Kembali! Artis Popular Beraksi 12 Jam Tanpa Henti

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 19 September 2012 09:34

Kumpulan Nico dan Mojo antara artis yang akan menjayakan Konsert Kemuncak Suria FMKumpulan Nico dan Mojo antara artis yang akan menjayakan Konsert Kemuncak Suria FM

Konsert Kemuncak Suria FM kembali! Lebih menarik, dengan mengambil tempat Dataran Putrajaya Persint 3, Putrajaya buat tahun yang ketiga, acara tahunan stesen radio bertagline Ceriakan Duniamu ni mempersembahkan konsert 12 jam tanpa henti yang menampilkan gandingan barisan artis baru dan ikon popular tanah air.

Pada tahun ini, pelbagai elemen segar, santai, ceria dan tarikan muzik terbaik akan dihidangkan untuk konsert dan aktiviti karnival yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga ke 12 tengah malam.

Antaranya Drama Band, Arrora Salwa, Amir Jahari, Klangit, Kumpulan Nico, Alyah, Sixth Sense, Jimmy Palikat, Shila Amzah, One Nation Emcees, Mojo, Stacy, Ella, Faizal Tahir serta penampilan istimewa dua pelawak terkenal dan juga barisan penyampai Suria FM sendiri.

"Tahun ini kita akan tampil dengan konsep ceria. Kerana itu selain barisan artis popular, barisan penyampai kami, kita juga tampilkan dua pelawak terkenal. Mereka sebagai co-host bersama Nabil.

"Konsert akan berlangsung selama 12 jam di samping aktiviti menarik lain. Ia sebagai tanda penghargaan kami kepada para pendengar setia.

"Tahun pertama konsert yang dilaksanakan di Dataran Merdeka, mendapat sambutan hangat iaitu seramai 15, 000 penonton. Kemudian kami beralih lokasi di Putrajaya yang mana tahun kedua jumlah penonton seramai 25,000, tahun ketiga seramai 30,000 dan tahun ini kita mensasarkan seramai antara 30,000 hingga 35,000 orang", kata  Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusry Abu Samah. Suria FM.

Sebelum ini, beberapa konsert mini sebagai promosi kepada acara konsert kemuncak telah diadakan yang bermula pada 15 September di Taiping Sentral dan pada 16 September di Kuantan Parade. Diteruskan di Kluang Mall pada 22 September. Manakala di Metro Point Kajang pada 23 September ini.

Konsert Kemuncak Suria FM akan berlangsung pada 29 September dipersembahkan khas oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB) selaku penaja utama dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.


- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.