Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Isu Tidak Berdisiplin: Reza Lali di Sabotaj

Print E-mail
  
Wednesday, 19 September 2012 10:41

..

Penyampai radio Suria FM, Reza Mohamed terkejut dan kesal dengan tuduhan dia dikatakan sudah mula 'buat perangai', selalu tidak datang kerja tanpa alasan dan tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan stesen radio tempatnya bertugas.

Tidak tahu bagaimana dan apa punca yang menyebabkan isu itu tiba-tiba timbul bagaimana pun Reza menjelaskan ada pihak yang dengki dan sengaja mereka cerita untuk menjatuhkan kariernya.

"Dah sebulan setengah saya di Suria FM. Memang pernah saya tak datang kerja, tapi cuma satu hari. Itu pun sebab saya demam dan ada maklumkan pada pihak pengurusan.

"Mungkin juga saya terlalu penat sebab baru saja selesai dengan pementasan teater Rugabadi, minggu lalu.

"Saya ada terdengar tentang isu ini daripada seorang teman. Katanya dia ada terbaca cerita buruk tentang diri saya di sebuah akhbar baru-baru ini. Saya berasa kesal kerana semua itu tidak benar. Pada saya, cerita-cerita negatif sebegini adalah propaganda semata-mata untuk menjatuhkan saya", kata Reza mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Dia ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Star Radio Group bertempat di hotel Swiss-Garden Residences, Kuala Lumpur, semalam.

Reza mengendalikan slot Menu Ceria Suria jam 10 pagi hingga 1 tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat bermula sejak 1 Ogos lalu.

Menurutnya lagi, selama tujuh tahun berkecimpung dalam industri hiburan, dia sudah lali dengan tuduhan negatif dan disabotaj setengah pihak terhadap dirinya. Namun tidak sedikit pun melemahkan semangatnya.

Ditanya sama ada dia mempunyai musuh ada pihak yang tidak senang denganya memandangkan ini bukan yang pertama kali dia dihimpit kontroversi berkaitan disiplin.

"Saya rasa siapa-siapa pun antara kita ada musuh. Tapi tak pasti lah kalau ada orang dengki pada saya. Saya hanya manusia biasa dan hanya mampu mendoakan untuk pihak itu.

"Saya rasa kalau ada yang dengki atau cubaan nak jatuhkan maknanya saya dah berjaya capai satu level yang lebih tinggi daripada pihak berkenaan. Apa yang boleh saya katakan, kalau nak bersaing tu, bersaing lah secara sihat", katanya.

Dalam perkembangan lain, Reza memberitahu berikutan sambutan menggalakkan yang diterima daripada teater pertama terbitannya, Rugabadi, ada pihak yang berminat untuk mementaskan teater tersebut di Johor dan di Jakarta, Indonesia. Pun begitu, semuanya masih dalam perbincangan.

"Tak sangka pula ada pihak yang berminat untuk bawak teater ni ke Selatan dan Jakarta. Saya kira ini satu pemulaan untuk saya terus aktif dalam dunia teater. Lagi mengembirakan, Rugabadi tercalon dalam calon awal Anugerah Seni Boh Cameronian tahun ini", katanya yang turut merancang mahu menerbitkan beberapa lagi teater eksperimental dan teater bangsawan, pada masa akan datang.


- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.