|
|
|
Wednesday, 19 September 2012 13:05 |
.
Bukan saja menghibur peminat mereka dengan persembahan cukup bertenaga pada malam Isnin lalu, tapi sejurus selepas konsert The Wanted mengambil peluang bertemu lebih dekat lagi dengan para peminatnya di sesi berjumpa dan bermesra (meet and greet session), bertempat Hotel Sunway Spa & Resort, Subang Jaya.
Pun begitu, kunjungan kali kedua ke sini telah meninggalkan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan buat salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Tom Parker apabila kemaluannya telah diraba seorang peminat lelaki di dalam acara tersebut.
Memetik kenyataan di portal murai.com.my, Tom Parker yang terkejut dengan insiden yang pertama kali dialaminya itu turut menganggap baawa ia adalah satu pengalaman aneh buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi rakaman.
Menceritakan semula pengalaman tersebut, penyanyi berusia 24 tahun ini berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang sibuk melayan peminat yang mahu bergambar dan meminta untuk sain autograf, tiba-tiba datang seorang lelaki dan dia terus menerkam alat sulitnya dengan tangannya.
Tom menjerit tetapi dia tidak dapat mengenal pasti rupa lelaki itu kerana cuba menahan rasa senak. Lelaki tersebut pula terus melarikan diri. Sungguh pun begitu, penyanyi kelahiran Bolton ni memberitahu selepas insiden itu dia telah cuba untuk mengejar lelaki tersebut, namun gagal.
Tom juga tidak tahu apa tujuan dan mengapa lelaki tersebut berbuat demikian tetapi anggap ianya salah satu kerenah peminat yang perlu diterima.
Selain Tom Parker, The Wanted yang terdiri daripada 4 ahli lain iaitu Nathan Sykes, Siva Kaneswaran, Jay McGuiness dan Max George itu telah mengadakan sesi bertemu peminat tersebut sebelum konsert The Wanted Live In KL berlangsung di Sunway Surf Beach Resort.
- mD
|