Sukar Cinta Jarak Jauh, Yuna Bebaskan Qi |
|
|
| Farahanim Rahim | |||
| Thursday, 20 September 2012 03:07 | |||
|
Selepas lebih kurang dua tahun setengah menjalin cinta, Yuna mengesahkan status hubungannya bersama Qushairi Razali @ Qi kini bukan lagi sebagai pasangan kekasih. Sebaliknya atas persetujuan masing-masing, kedua personaliti popular ni mengambil keputusan untuk memberi lebih ruang kepada karier. Baru-baru ini timbul spekulasi mengatakan mereka berdua sudah berpisah berikutan mesej-mesej tweet Yuna di laman sosial Twitternya seolah-olah memberi gambaran hubungan dia dan pelakon itu sudah berakhir.
"Saya dan Qi sekarang... senang kata kami taking a break. Tapi kami masih berkawan baik.
"Tak ada komitmen lah. Saya bebas nak buat apa yang saya mahu. Dia pun boleh buat apa yang dia nak buat. Tapi kami masih ambil berat antara satu sama lain. Harap, peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk kami. Insyaallah, kalau kami ada jodoh, ada lah", tuturnya lagi sambil tersenyum.
- Foto-foto oleh SM Amin - mD
|















.jpg)











