|
|
|
Thursday, 20 September 2012 07:56 |
.
Aktres popular, Reese Witherspoon, sedia melepaskan rumah agamnya yang terletak di California dengan harga ASD10 juta (RM30 juta).
Rumah itu pernah didiami aktor Twiligth, Robert Pattinson, ketika kecewa dengan buah hatinya, Kristen Stewart, yang berlaku curang.
Robert Downey Jr, Sean Penn, Renée Zellweger dan Scarlett Johansson juga pernah mendiami rumah itu.
Berkeluasan 7 ekar, rumah ini turut dilengkapi taman organik, kolam dan kandang haiwan.
Walaupun rumah itu mempunyai kenangan yang bermakna bersama suaminya, Jim Toth, namun pelakon yang cukup dikenali menerusi filem komersial Sweet Home Alabama ini punya agenda tersendiri untuk masa depan mereka.
- mD
|