Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Gosip Intim Dengan Anding: Amran Jawab Isu Gay

Print E-mail
  
Friday, 21 September 2012 13:46

..

Cerita mengenai dia menjalinkan hubungan sejenis bukan lah cerita baru. Meskipun sebelum ini dia pernah menjelaskan mengenai dakwaan tersebut namun nama Amran Ismail terus dicalit dengan kontroversi hebat ni. Dalam laporan Utusan hari ini, jejaka berusia 27 tahun ini berkata dia sendiri hairan bagaimana namanya dikaitakn dengan aktiviti cinta songsang bersama seorang lagi rakan artis. Bercerita lebih lanjut mengenai hal itu Amran berkata dia tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk  dan tidak sesekali melakukan perkara sebegitu.

Amran juga mengakui mengenali Anding dan mereka berdua mengenali hanya sebagai rakan gimnasum. Kerana itu dia merasakan mungkin hubungan baiknya dengan Anding disalah ertikan sesetengah pihak.

AndingAnding

Menerima tempias melalui kontroversi itu, Amran memberitahu sehingga kini dia masih dipandang serong sebahagian masyarakat.

Walaupun begitu dia bersyukur kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Amran juga berkata dia juga seperti lelaki lain yang mempunyai naluri mahu berkeluarga sendiri. Namun buat masa ini dia belum mempunyai teman wanita. Amran juga berharap agar peminat sentiasa mendoakannya kesejahteraan perjalanan kariernya dan agar bertemu jodoh.

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.