Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Gaga Obses Nak Badan Montok

Print E-mail
  
Saturday, 22 September 2012 00:53

..

Sewaktu menjayakan konsert di Amsterdam baru-baru ini, Lady Gaga sempat membuat pengakuan yang mengejutkan peminatnya. Pelantun Born This Way ni berkata, dia sebenarnya penagih alkohol dan dadah jenis ganja. Malah dia berhasrat berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bagi memohon penggunaan ganja secara terbuka di AS.

Kalau pengakuan itu belum cukup memeranjatkan anda, ini satu lagi kelakuan pelik dari  bernama penuh Stefani Joanne Angelina Germanotta ni, yang setidak-tidaknya mungkin buat anda berkata, "suka hati dia lah, asalkan dia bahagia.

Menjelaskan mengapa sejak akhir-akhir ni dia kelihatan berisi, menerusi UK Daily, Gaga memberitahu punca bentuk badannya kini nampak montok kerana masakan bapanya yang sedap-sedap.

Bapanya, Joe Germanotta memiliki sebuah restoran di New York, dan anak perempuannya itu mengatakan selepas berat badanya naik sebanyak 25lb (lebih kurang 11 kg), baru dia akan menjauhi restoran tersebut.

..

Sementelah dengan bentuk badan yang sudah naik beberapa paun ni, dia langsung tidak merasakan dirinya kelihatan buruk.

Bercakap kepada deejay radio, Elvis Duran, Gaga memberitahu dia makanan yang digemarinya ialah pasta dan pizza

'Saya suka makan pasta dan pizza. Saya seorang gadis New York-Itali. Saya tinggal di New York dan bapa buka restoran.

'Masakannya sangat lazat! Setiap kali saya ke ke sana, berat badan saya akan bertambah sebanyak 5lbs (lebik kurang 3 kg)".

..

Tambah Gaga, "Saya langsung tidak merasa bentuk badan saya buruk. Sebelum ini saya sentiasa menjalani diet yang ketat. Tapi sekarang saya cuba untuk mencari keseimbangan baru. '

Malahan mendedahkan beratnya kini naik sebanyak 25lbs sejak dia tidak lagi dibawah pemantauan pakar nutrisi, Majid Ali,

Sementara itu menurut RadarOnline, 'Gaga mahu badannya nampaknya sekurang-kurangnya sehingga mencecah seberat 30 paun.

..

..

..

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.