Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Qi Terima Hakikat Yuna Hanya Kawan

Print E-mail
  
Saturday, 22 September 2012 01:16

..

Selepas Yuna berterus terang mengenai statusnya kini, tiba pula giliran Qi Razali memberi penjelasan. Memandangkan kira-kira dua minggu lalu, beberapa rakan media ada beritahu MD, ketika pelakon Blogger Boy ini ditemui di satu majlis hari Raya, ketika itu Qi mengatakan hubungannya dengan penyanyi Terukir di Bintang itu masih seperti biasa (pasangan kekasih).

Menerusi kenyataan di murai.com, Qi Razali berkata dia kini sudah dapat menerima kenyataan yang hubungan mereka sudah berakhir tetapi hatinya masih ada untuk Yuna.

“Terus terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna,” ujarnya.

Ekoran berita hubungan mereka berakhir, ada gossip mula tersebar yang mengatakan perpisahan mereka berpunca kerana kehadiran orang ketiga yang menjadi pengubat kesunyian.

Namun Qi Razali menjelaskan yang keputusan mereka ambil adalah kerana mereka berdua ingin memberi lebih komitmen kepada kerjaya masing masing selepas ini.

Pengacara dan pelakon itu juga tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh dengan Yuna kelak.

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.