Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Azmeer, Arja Lee Terima Ijazah USM

Print E-mail
  
Saturday, 22 September 2012 01:34

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Dr Omar Osman (tengah) mengucapkan tahniah kepada Arja Lee (kiri) dan Azmeer. Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Dr Omar Osman (tengah) mengucapkan tahniah kepada Arja Lee (kiri) dan Azmeer.

Selepas berhempas pulas selama tiga tahun, komposer terkenal Azmeer dan pelakon Arja Lee berasa gembira apabila mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM). Mereka merupakan antara 534 orang penerima ijazah pada upacara konvokesyen USM, semalam.

Azmeer menerima kucupan tahniah daripada dua anaknya Afrisya Adlina (kiri) dan Alani Marrisya, sambil diperhatikan isterinya Azira Azid. Azmeer menerima kucupan tahniah daripada dua anaknya Afrisya Adlina (kiri) dan Alani Marrisya, sambil diperhatikan isterinya Azira Azid.

Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik berkata, beliau terpaksa berjauhan daripada keluarganya yang menetap di Shah Alam. Namun hari ini segala rintangan dan dugaan itu telah terbayar.

Seorang lagi artis yang turut menerima ijazah ialah pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli. Arja, 29 menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan). Dan menyifatkan ijazah itu sebagai hadiah paling bermakna kepadanya dan keluarga.

Arja bersama kakaknya Lin Ramli serta ibu mereka Salmah Aziz.Arja bersama kakaknya Lin Ramli serta ibu mereka Salmah Aziz.

Tahniah kepada Azmeer dan Arja. Semoga kalian terus maju jaya pada masa akan datang.

 

- Foto-Foto dipetik dari Bernama

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.