Video: KLIA Sesak! Peminat Sambut Jung Il Woo |
|
|
| Farahanim Rahim | |||
| Sunday, 23 September 2012 01:30 | |||
|
Annyeonghaseyo! Aktor juga model sensasi Korea, Jung Il Woo, kini sudah pun berada di Malaysia. Beliau tiba di lapangan terbang antarabangsa KLIA kira-kira jam 10.15 malam tadi dan disambut puluhan peminat yang sudah sedia menunggu seawal jam 8 malam. Sebaik saja pelakon yang ketika ini menjadi bualan hangat ramai menerusi drama bersiri The Moon Embrace The Sun ni keluar dari ruang ketibaan, para peminat bersorak mengucapkan,"Welcome to Malaysia!! Kami cinta padamu!". Ada juga yang menghulurkan hadiah dan jambangan bunga kepadanya.
Jejaka berusia 23 tahun ni akan berada di di pusat beli belah Berjaya Time Square, pada jam 1 petang bagi merasmikan outlet Holika Holika Malaysia, hari ini. Il Woo juga akan meluangkan masa bersama peminat bertuah di sesi 'fans meeting' serta berpeluang bergambar bersamanya.
- kredit video JUSTcircle - mD
|













.jpg)


.jpg)












