Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Kecantikan Jung Il Woo Pukau 3,000 Peminat Malaysia

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Monday, 24 September 2012 14:20

Kenangan. Jung Il Woo bergambar bersama peminat Malaysia.Kenangan. Jung Il Woo bergambar bersama peminat Malaysia.

"Dia lebih cantik daripada bunga yang Tira berikan padanya", itu kata seorang peminat, Nina, yang menyaksikan temannya, Tira yang menjadi peminat pertama dapat bertemu secara peribadi dengan Jung Il Woo, sebaik saja aktor kacak itu menjejakkan kaki di KLIA, malam sabtu lalu.

Dan semalam, Il Woo membuat kemunculan di hadapan kira-kira 3,000 peminat bertempat di pusat membeli belah Berjaya Time Square sekaligus merasmikan outlet Holika Holika Malaysia.

Mula dikenali menerusi lakonan dalam drama popular antaranya Unstoppable High Kick, Flower Boy Ramen Shop, 49 Days dan terbaru The Moon Embracing The Sun, Il Woo pernah memenangi anugerah Asia Actor of The Year dan Penghibur Paling Popular di anugerah Beijing. Sekaligus merupakan penghibur pertama bukan Cina yang menerima anugerah berprestij itu.

...

Bintang Hallyu lelaki memang sinonim dikaitkan dengan panggilan 'pretty boy' (kerana memiliki wajah cantik). Tak terkecuali Il Woo, sementelah dia punya x-faktor unik untuk diperkatakan.

Memiliki kulit wajahnya mulus dan licin lantaran Il Woo diberi jolokan 'Smooth Man'. Malah ramai yang mengatakan kulitnya lebih cantik daripada kulit pelakon wanita korea.

Jadi, siapa lagi yang layak menjadi duta kepada produk kosmetik remaja no. 1 Korea, Holika Holika, kalau bukan Jung Il Woo.

Bercakap ketika di sidang media, jejaka berusia 25 tahun ni berasa bertuah dipilih menjadi duta produk tersebut. Katanya, sebagai seorang pelakon, menuntutnya untuk sentiasa bermake-up. Kerana itu bagi memastikan kulit wajahnya sentiasa kelihatan segar, dia mementingkan penjagaan dengan cara mencuci muka setiap hari dan dengan cara yang betul. Dengan menggunakan pencuci muka Holika Holika, membantu mengembalikan keserian wajahnya.

Corat-coret sekitar temujanji  Jung Il Woo Bersama Peminat
- Lautan ungu (warna rasmi Holika Holika) membanjiri concourse-kelibat peminat sudah mula kelihatan sejak jam 11 pagi lagi.

- Acara dimulakan dengan persembahan istimewa tarian Gangnam Style oleh kakitangan Holika Holika Malaysia.

- Jam 2 petang, Il Woo muncul di pentas. "Hello! Thanks for coming. I really miss you all!" (Itu laungan pertamanya sebagai cubaan buat peminat cair. (Belum pun apa-apa dah rindu, camner?). "Saya cinta padamu", cubaan keduanya untuk terus pikat fans.

- Katanya, dia berpeluang makan makanan Malaysia, sebaik saja tiba di sini malam kelmarin.

- Dia berasa bangga dapat menjadi duta Holika Holika dan meminati Sistar (juga merupakan duta produk tersebut). Menjawab soalan siapakah yang paling diminati dalam kumpulan Sistar, dia susah untuk membuat pilihan tetapi memberi jawapan selamat, "susah nak pilih, mereka cantik-cantik dan saya suka mereka semua".

- Il Woo tidak merancang untuk menjadi penyanyi secara serius. Cukup sekadar menyanyikan lagu-lagu OST untuk drama.

- Dia akan muncul dalam drama terbaru sekitar awal tahun depan.

- Sambil menyaksikan dia memberi autograf dan bergambar bersama peminat bertuah, peminat lain menjerit memanggil Il Woo dengan panggilan nama-nama watak dalam semua dramanya membuatkan dia tak berhenti tergelak.

..

- Sambil menanti para peminat bertuah tampil ke pentas untuk bergambar, Il Woo sempat lagi ikut sama menyanyi lagu background lagu Lovey Doye (nyanyian kumpulan T-ARA)

Kejutan dari peminat - mereka menyanyikan lagu hari jadi (yang jatuh pada 9 September lalu) untuknya dalam tiga bahasa, bahasa Korea, Inggeris dan Melayu. Dek kerana terharu dan gembira, Il Woo spontan menari gaya Gangnam Style sebelum turun dari pentas.

- Kemudian dia merasmikan outlet Holika Holika yang terletak di tingkat dua sebelum beredar kira-kira jam 4.30 petang.

- Menurut sumber, sebelum berlepas pulang, Il Woo sempat bersiar-siar di Pasar Seni dan menikmati keindahan awal malam di KLCC. Dia juga berkongsi gambarnya di KLCC menerusi akaun laman Twitternya. @ActorJungIlwoo.

 

 

- kreadit Foto oleh Cipotredz & Fikri

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.