Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Musim Artis Putus Cinta Sudah Tiba?

Print E-mail
  
Tuesday, 25 September 2012 08:46

..

Sejak seminggu lalu, lepas satu-satu kisah pasangan selebriti popular dengan berita yang mengejutkan para peminat, iaitu kisah putus cinta mereka. Adakah ini tandanya sudah tiba pula musim selebriti putus cinta? Opps! Sungguh, tak terniat langsung nak keruhkan keadaan.

Apapun, kalau tidak keduanya-duanya tampil memberi penjelasan, salah seorang daripada mereka tetap dengan terbuka hati berkongsi status terbaru. Tidak sehaluan lagi serta mahu fokus pada kerja antara punca perpisahan. Itulah, orang kata ajal, maut jodoh pertemuan semuanya terletak ditangan Tuhan dan kita manusia, hanya mampu merancang.

Remy Sahkan Sudah Putus Dengan Tiz Zaqyah

..

“Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar", kata Remy berterus terang kepada akhbar Kosmo baru-baru ini.

Hubungan pasangan pelakon ni hangat diperkatakan sejak mereka dipertemukan dalam drama bersiri yang menjadi fenomena, 'Nur Kasih'. Namun sebelum ini acapkali timbul dakwaan yang mereka tidak lagi bercinta.

Spekulasi bertambah kukuh ekoran luahan hati Remy menerusi akaun Twitter miliknya yang mengundang andaian peminat dan media bahawa dia dan Tiz sudah tidak sehaluan lagi.

Bagaimanapun, Remy menegaskan punca perpisahan mereka bukan disebabkan orang ketiga. Sebaliknya mereka putus secara baik. Malah dia dan Tiz menerima hakikat bahawa mereka tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen.


Yuna dan Qi Sukar Jalin Cinta Jarak Jauh

..

Terpisah oleh dua benua. Si arjuna di Malaysia, si dara di Amerika. Sekalipun ada teknologi-Skype dan telefon sebagai alat penghubung bagi melepaskan rindu, namun belum cukup. Banyak perkara yang mereka perlu pertimbangkan. Disebabkan faktor itu, penyanyi antarabangsa, Yuna dan kekasihnya yang juga seorang pelakon, Qi Razali memutuskan mereka (bak kata Yuna ketika ditemui baru-baru ini), taking a break.

Perjalanan cinta pasangan ini bermula sejak mereka dikatakan mula intim ketika di anugerah Shout! Awards 2010. Kini baik Yuna mahupun Qi lebih memberi ruang untuk lebih fokus pada kerjaya masih-masing.

Kata Yuna, InsyaAllah dengan berkat doa peminat, seandainya mereka ada jodoh, ada lah.

Sementara Qi pula berkata, dia menerima hakikat yang wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu, kini hanyalah kawan.


Anne Ngasri Rahsia Punca Berpisah Dengan Aliff Aziz

..

Terkejut juga bila kami mendengar berita mengenai pasangan ini. Anne sendiri mengesahkan yang dia dan penyanyi kelahiran Singapura itu bukan lagi pasangan kekasih.

"Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami," jawab pelakon itu ringkas kepada laman sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Selama ini hubungan Anne dan Aliff menjadi bualan ramai kemesraan mereka berdua begitu terserlah sejak mereka berdua mula berlakon dalam satu drama yang sama. Malah ketika-tiga anak Anne juga sudah mula menyayangi dan memanggil Aliff dengan panggilan 'papa'.

Namun  keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.


Kata orang, kalau ada jodoh, takkan ke mana. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini. Bagus juga kalau pasangan-pasangan ini menumpukan perhatian kepada kerjaya masa tengah muda ni. Cinta boleh ditunggu. Semoga suatu hari nanti cinta mereka akan bertaut kembali. Sama-sama kita doakan.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.