Berita gembira buat peminat Jonas Brother, anda semua bolehlah mula mengumpul duit (kalau perlu ikat perut, sila mulakan hari ini!). Kerana, tiga beradik yang kacak ni bakal menemui anda dan mengadakan konsert live di sini!
Kelab peminat rasmi Jonas Brothers melalui laman web mereka baru sahaja mengumumkan perjalanan jelajah kumpulan yang cukup popular dengan lagu Love Bug dijadual akan mengadakan konsert ke Filipina dan kemudian pada 24 Oktober, Joe, Nick dan Kevin Jonas akan bertemu dan menghiburkan anad di Satdium Merdeka.
Sehingga berita ini ditulis, masih tiada sebarang maklumat tentang penjualan tiket sama ada harga & tarikh mula jualan — tapi yang pasti macam yang dipesan awal-awal tadi, anda dah boleh mula menabung. Oh ya, boleh cari semula CD album-album mereka dan dengar (amik mood).