Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Izara Aishah Mengaku Berpacaran Dengan Ahli Pernigaan

Print E-mail
  
Thursday, 27 September 2012 14:10

..

Oh... my... English!!! Aha, Izara Aishah. Selebriti yang sekarang ni semakin meniti popular, digilai ramai jejaka. Tambahan juga diminati dikalangan adik-adik kecil sejak muncul dengan sitkom pendidikan Oh! My English.

 

Ya adik-adik juga terutama kepada kepada abang-abang yang berhasrat nak mengorat si cantik manis ni, anda terpaksa melupakan niat itu kerana menurut heroin drama Vanila Coklat ini sendiri, dia sebenarnya sudah pun mempunyai kekasih.

Difahamkan mereka berkenalan mereka berkenalan sejak kecil lagi. Bercakap secara eksklusif kepada Media Hiburan semalam, Izara Aishah yang kini berusia 20 tahun mengakui yang beliau kini memiliki teman lelaki bergelar ahli perniagaan.

“Izara mengaku yang sebenarnya Izara sudah lama mempunyai teman lelaki. Usia kami hampir sebaya dan dia merupakan seorang ahli perniagaan, bukannya kerabat,” ujar Izara Aishah kepada majalah hiburan tersebut.

Berkenalan sejak sekolah rendah lagi, Izara Aishah mengatakan yang hubungan mereka mula jadi rapat selepas beliau tamat persekolahan di tingkatan lima.

“Izara sebenarnya takut kalau peminat sendiri yang ternampak dengan Izara bersama teman lelaki. Jadi adalah lebih baik jika Izara mengaku terlebih dahulu sebelum orang ramai membuat pelbagai spekulasi,” tambahnya lagi.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.