Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Putus Cinta: Aliff Aziz Diarah Tutup Mulut

Print E-mail
  
Thursday, 27 September 2012 14:32

..

Sepertima mana yang ramai sudah sedia maklum, minggu lalu kita dikhabarkan dengan berita hubungan cinta antara Anne Ngasri dan Aliff Aziz terputus di tengah jalan.

 

Padahal MD baru sahaja bertemu pasangan ini ketika terlibat dalam satu program anjuran sebuah syarikat rakaman Syawal lalu.

Masih terbayang-bayang lagi pada ketika itu, terpancar kebahagiaan mereka malah kemesraan yang dipamer membuktikan mereka sedang hangat bercinta. Tapi, siapa yang mampu menolak ketentuan-Nya.

Anne sudah pun tampil mengesahkan dia dan Aliff bukan lagi pasangan kekasih, namun ibu anak tiga itu tetap enggan menjelaskan punca perpisahan mereka. Begitu juga Aliff yang sehingga kini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Memetik kenyataan di Sinar Harian, wakil syarikat naungannya, Sony Music menjelaskan, pelantun Jangan Ganggu Pacarku itu tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan dan menjawab panggilan telefon buat masa sekarang.

"Biarlah dia tenang dahulu, selepas ini kami akan maklumkan kepada semua jika ada sebarang sidang media atau penjelasan yang mahu dibuat," kata wakil syarikat rakamannya itu.

Iyalah, orang tengah jiwa kacau. Mungkin bila tiba masa yang sesuai, Aliff akan tampil menjelaskan segala-galanya pada peminat. Kita nantikan saja.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.