Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Anak Jumpa Che Ta: Siti Anggap Ashraf Hanya Bergurau

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 28 September 2012 09:04

..

Penghibur nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza berkata tindakan anak tirinya, Ashraf berjumpa dengan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta baru-baru ini, dianggap sebagai satu gurauan.

"Saya tahu mengenai perkara itu daripada Linda Onn, yang memberitahu saya. Suami (Datuk K) pun baru jer tahu tentang hal tu. Saya faham yang Ashraf tu masih budak lagi. Dia hanya bergurau saja tu. Saya tak kisah pun. Sebab budak-budak, biasalah nak bergurau. Tak ada apa-apa yang serius pun", kata Siti Nurhaliza ringkas selepas di temui di majlis santai bersama media di kediamannya di Bukit Antarabangsa, malam tadi.

Siti mengulas mengenai laporan di satu laman portal yang menyebut baru-baru ini salah seorang anak tirinya dikatakan telah berjumpa dengan pelakon jelita tersebut dan meminta penjelasan serta kepastian sejauh mana kebenaran dakwaan selama ini yang mengatakan wanita itu mahu berkahwin dengan bapanya, Datuk K.

Konsert Live di Kuantan November Ini
Beralih tentang perkembangan semasa, penyanyi itu memberitahu kerana rindu mahu memberikan satu persembahan terbaik sekaligus kembali beraksi di pentas mega, pada 9 November ini beliau akan mengadakan konsert solonya. Menarik, konsert yang diberi nama Siti Nurhaliza Live in Kuantan 2012 ni akan berlangsung di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Lokasi pilihan penganjur nibakal menyaksi Siti mencatat satu lagi sejarah tersendiri. Beliau adalah artis pertama yang akan membuat persembahan di dalam ballroom taman tema tersebut yang mana ianya merupakan ballroom pertama terbesar di Asia Tenggara.

Persembahan konsert kedua terbesarnya itu nanti akan berlangsung selama dua jam dan terisi dengan lebih 20 lagu terdiri daripada lagu Pop, Balada dan juga ada lagu tradisional. Setakat ini beliau sudah mempunyai idea dan masih lagi memikirkan beberapa corak persembahan yang akan ditampilkan. Tapi yang pasti Siti menjanjikan sebuah konsert yang cukup menghiburkan.

"Teringin juga nak buat konsert di Kuala Lumpur. Tapi kali ni saya adakan di luar KL dulu dan rasanya ia memberi kelebihan pada peminat bukan saja di Pahang tapi juga di kawasan negeri pantai Timur untuk datang dan menyaksikan persembahan Siti nanti.
Buat masa ni Siti masih fikirkan konsep persembahan dan dalam proses berbincang dengan penganjur iaitu Creative Stars", katanya yang kali terakhir mengadakan konsert kira-kira dua tahun lalu iaitu Konsert Satu, di Istana Budaya.

Tiket-tiket konsert Dato Siti Nurhaliza Live in Kuantan 2012 boleh didapati dengan harga dari RM338 (tempat duduk VIP), RM238 (tempat duduk PS1), RM168 (PS2) dan RM98 (PS3). Maklumat lanjut mengenai tiket boleh menghubungi talian 09-5173609.

Selain itu, kalau tidak ada aral melintang, sekitar Julai tahun depan Siti bakal mengadakan konsert bersama Malaysian Philharmonic Orkestra di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur.

Bikin Album, Jelajah Indonesia
Siti yang juga dalam perancangan untuk melancarkan pewangi eksklusifnya sekitar tahun depan berkata, tidak lama lagi dia akan merakamkan sebuah album yang akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan muzik Indonesia.

Sementara itu, pada Disember ini Siti juga akan mengadakan jelajah di beberapa buah kota di sana. Konset anjuran syarikat Sime Darby itu akan membawanya menjelajah ke empat kota iaitu dua persembahan di Kota Jakarta, kemudian di Banjar Raya dan di Pekan Baru. 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.