Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Tak Mahu 'Letak Kaki Dalam Neraka' - Bob Lokman

Print E-mail
  
Friday, 28 September 2012 09:40

Bob berucap di majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh, kelmarin.Bob berucap di majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh, kelmarin.

Pelakon dan juga pelawak, Bob Lokman tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.

Bercakap kepada Sinar Harian, Bob berkata, menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat. Justeru biarlah dia hanya terus membantu Pas mengikut kemampuan.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.

Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas sejak awal tahun ini memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.

“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.

“Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang,” katanya.

Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, Demi ALLAH.

Bob juga yang terkenal sebagai penulis lirik berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan.

“Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni,” katanya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.