|
|
|
Friday, 28 September 2012 11:10 |
.
"Saya memang nak kahwin lagi sebab saya nak anak lagi. Teringin nak anak lelaki. Tapi masalahnya belum jumpa lelaki yang betul-betul sesuai. Saya mahukan seorang lelaki yang matang dan boleh menerima saya seadanya serta anak saya", itu luahan pelakon Nabila Huda bercerita mengenai perkembangan kehidupannya yang bergelar ibu tunggal, sejak setahun yang lalu.
Tatkala ditanya pula mengenai hubungannya dengan Johan As'ari, pelakon drama bersiri Julia ni berkata,"Saya sayang dia!"
Bagaimanapun, kenyataan itu bukan bermaksud Nabila sedang bercinta dengan aktor yang terkenal menerusi drama bersiri, Juvana itu.
Jelasnya, perasaan sayangnya pada Johan hanyalah sebagai seoarng kawan baik.
"Ikhlas saya katakan, saya memang sayangkan dia, tetapi kami sekadar kawan baik. Mungkin selama ni orang melihat kami seperti pasangan kekasih, namun tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangka.
"Dia masih muda, ada banyak lagi perkara yang perlu diberikan perhatian terlebih dahulu. Bagi saya, Johan masih belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan", ujarnya.
Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia selesa bersama Johan memandangkan Johan menerima dia seadanya.
"Dia tidak kisah berkawan dengan saya walau pun saya seorang yang lasak dan ringkas. Itu yang membuatkan kami jadi rapat, tapi ia bukan jaminan bahawa hubungan kami akan menjadi lebih serius," kata ibu kepada Keisha Laila, 2 tahun setengah ini.
Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia juga sering memberi nasihat kepada pemuda berusia 26 tahun itu mengenai kerjaya dan imejnya.
"Memang saya banyak membimbing dia jika perkara itu berkaitan dengan karier dan imej. Dia pun banyak juga minta pendapat saya dalam soal penampilan. Tapi saya tak kawal dia!", katanya sekaligus menyangkal dakwaan yang selama ini dia mengawal teman baiknya itu.
- mD
|