Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Neelofa Hormat Perasaan Hans Isaac

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 28 September 2012 08:54

..

Sejak digosipkan bercinta dengan pelakon juga penerbit Hans Isaac, sejak itu dia acapkali tidak terlepas ditanya mengenai status hubungannya dengan jejaka itu. Namun bukan tidak mahu mengulas mengenai hal tersebut tetapi kata Neelofa, dia berasa tidak manis kalau setiap kali asyik dia saja yang mengeluarkan kenyataan.

"Saya tak nak komen tentang hubungan saya dengan Hans sebab saya rasa tak adil asyik saya saja yang keluarkan kentayaan. Macam tak best lah kan.

"Saya hormat dengan perasaan dia sekarang yang baru saja kehilangan ibu tercinta. Apa yang boleh saya katakan, kami kawan macam biasa saja dan tak terfikir pun untuk ke peringkat seterusnya.” kata Neelofa yang ditemui pada Majlis Minum Petang Bersama Neelofa & King Koil di Pietro Ristorante Italiano, Damansara Heights, semalam.

Juara Dewi Remaja 2010 ni telah diumumkan secara rasmi sebagai duta jenama tilam bertaraf antarabangsa itu.

“Sebenarnya empat bulan lepas, pihak King Koil menerusi kiriman email menawarkan peluang kepada saya untuk menjadi duta mereka. Selepas perbincangan, akhirnya saya bersetuju untuk menerimanya kerana secara kebetulan, produk King Koil ini memang sudah menjadi pilihan saya dan keluarga sejak dari dulu lagi.

“Saya sangat teruja kerana dipilih untuk menjadi duta pertama produk ini malah turut bangga apabila diberi kepercayaan untuk mewakili jenama produk antarabangsa ini,” ujarnya yang menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama jenama tersebut.

Disamping itu Lofa turut berkongsi pengalamannya melawat ke kilang King Koil bagi melihat sendiri proses pembuatan produk jenama tersebut. Selain itu, Lofa juga bakal muncul dalam satu acara bersama peminat serta pengguna King Koil di Viva Furniture Mall pada 2 hingga 4 November ini di mana pelbagai aktiviti dan hadiah menarik bakal menanti mereka yang hadir.

Heroin Kau Yang Terindah ini memberitahu dia masih lagi berehat seketika dari berlakon kerana ingin meluangkan waktu bersama keluarganya sebelum kembali semula ke set penggambaran filem Osman Ali, Pilot Cafe pada Januari depan.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.