|
|
|
Saturday, 29 September 2012 10:04 |
.
Menyedari lagu-lagu rakyat semakin pupus ditelan zaman selain menjadi tanggungjawabnya untuk mengembalikan nostalgia peminat, justeru penyanyi terkenal Zainal Abidin terpanggil untuk tampil menerusi persembahan konsert solo.
Menarik, konsert yang diberi nama Damai Unplugged ni penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Hijau nu secara tidak langsung mahu mempopularkan kembali lagu-lagu itu melalui persembahan di Panggung Sari Istana Budaya (IB), pada 6 dan 7 Oktober ini.
Bercerita mengenai konsert itu pada sidang media yang diadakan semalam di IB Zainal memberitahu teruja apabila persembahannya turut diiringi 18 pemuzik secara unplugged daripada Orkestra Simfoni Kebangsaan yang diketuai oleh Faizal Uzir.
Katanya, ia adalah kali pertama dia mengadakan persembahan secara unplugged dalam skala besar.
Walaupun pelawaan untuk mengadakan konsert ini dibuat dalam masa yang terhad tetapi Alhamdulillahlah pengalaman selama 30 tahun dalam bidang muzik membuatkan dia yakin untuk melakukannya.
Zainal akan mempersembahkan 18 buah lagu pada persembahan selama satu jam 30 minit itu.
Antara lagu-lagu popular yang akan disampaikan seperti Hijau, Orak Orek, Gamal, Ikhlas Tapi Jauh, Puteri, Suraya dan Kau Dihatiku serta lagu-lagu rakyat seperti Suriram, Burung Kakak Tua, Can Mali Can dan Oh Bulan.
Tiket bagi menyaksikan persembahan itu dijual dengan RM283, RM223, RM183, RM123 dan RM83.
- mD
|