Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Aliff Aziz Stabil, Bukan Serangan Jantung

Print E-mail
  
Monday, 01 October 2012 09:23

..

 

Penyanyi Aliff Aziz yang dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada, pagi semalam kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat.

Aliff yang sepatutnya dijadualkan membuat persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan oleh Star Publication pada pagi Ahad, mengadu sakit dada. Selepas menerima rawatan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Aliff disahkan mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar.

Memetik kenyataan di gua.com, pengurusnya, Adlina dari syarikat rakaman Sony Music Malaysia memaklumkan, Aliff mengalami sesak nafas bukan disebabkan diserang sakit jantung.

Sebaliknya Doktor mengesyaki mungkin penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku itu tidak cukup tidur. Aliff juga perlu buat rawatan susulan. Diharapkan Aliff akan kembali sihat deperti sediakala.


- mD









 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.