Iedil Putra Berdebar Menanti Reaksi Penonton |
|
|
| Farahanim Rahim | |||
| Monday, 01 October 2012 10:28 | |||
|
Pertama kali diberi kepercayaan menggalas watak utama dalam filem terbaru, Ngorat arahan Prof. Madya A Razak Mohaideen, Iedil Putra meluahkan rasa teruja dapat menghidupkan watak Ijam. Namun pelakon yang dikenali sejak muncul dalam drama Project Pop ni berdebar menantikan reaksi penonton. Apatahlagi filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu menggandingkan dia dengan salah seorang pelakon wanita terhebat Malaysia, Erra Fazira. "Berdebar dan risau juga dengan reaksi penonton nanti. Tambahan filem ni mengandingkan saya dengan Erra Fazira. Tapi apapun saya dah berikan yang terbaik berdasar apa yang diarah oleh pengarah dan penulis skrip. Selebihnya saya serahkan pada penonton untuk menilai", kata Iedil Putra yang telah empat tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.
Filem Ngorat mengisahkan Ijam, seorang pemuda yang bekerja di pusat video. Dia mengalami masalah untuk mencari teman wanita. Meskipun berjumpa dengan ramai wanita setiap hari, namun dia tidak mempunyai keyakinan. Dengan bantuan kawan-kawannya Keyra, Rizal dan Azoe Ijam etap berusaha memikat wanita walaupun setiap kali percubaannya gagal. Suatu hari dia melayari laman web Arjuna Kasih yang membawanya kepada satu alam fantasi, di mana Arjuna muncul dalam bentuk fizikal bagai sebiah pari-pari dan berjanji akan membantu Ijam di dalam usahanya mencari cinta. Pelbagai tips yang diberikan Arjuna. Berjayakah Ijam?
- mD
|












.jpg)
















